'Santai Tapi Sampai'

30 October 2024

Mengapa ada ubat perlu diambil sebelum dan selepas makan?

Pernah tak kita tertanya-tanya, kenapa doktor kadang-kadang suruh makan ubat sebelum makan, dan ada pula yang mesti diambil selepas makan? Tak ada pun doktor atau ahli farmasi bagi arahan sekadar suka-suka. Sebenarnya, semua ni ada sebab, dan ia berkait rapat dengan cara ubat tersebut bekerja dalam badan kita dan bagaimana ia memberi kesan kepada perut.

Bila kita kena makan ubat sebelum makan, biasanya doktor nak pastikan ubat tersebut boleh diserap dengan baik dalam badan. Bila perut kosong, ubat lebih senang masuk ke dalam darah sebab tak ada ‘gangguan’ makanan yang boleh kurangkan kesan ubat tu. Jadi, kalau ubat jenis ni, doktor memang nak kita dapat manfaat penuh tanpa gangguan. Contohnya, ada ubat yang perlu kesan segera. Jadi, lagi cepat diserap dalam perut kosong, lagi pantas ia mula bertindak.

Mengapa ada ubat perlu diambil sebelum dan selepas makan?

Tapi, kenapa ada juga ubat yang mesti diambil lepas makan? Haa, ini pula biasanya untuk melindungi perut kita. Ada ubat yang, kalau dimakan dalam perut kosong, boleh buat perut rasa pedih atau sakit. Contoh paling senang ialah ubat anti-radang macam ibuprofen. Dengan adanya makanan, perut kita lebih terlindung dari rasa perit ubat ni. Ada juga ubat yang larut dalam lemak, jadi bila ada makanan, ia lebih senang diserap oleh badan.

Selain tu, makanan juga kadang-kadang boleh kurangkan kesan sampingan ubat, macam rasa loya atau nak muntah. Kalau kita jenis yang mudah rasa mual, memang bagus ikut arahan untuk ambil lepas makan supaya tak terganggu dengan rasa tak selesa.

Jadi, sebenarnya arahan doktor ni penting untuk diikut sebab setiap ubat ada ‘perangai’nya yang tersendiri. Kalau kita ikut arahan betul-betul, bukan saja ubat tu lebih berkesan, tapi perut kita pun tak perlu melalui kesan yang tak diingini.

Jadi, bila doktor bagi arahan, ikutlah ya. Badan kita akan terima kesan positifnya, inshaAllah!

Kredit : Grup Tiroid dan Anda ORI.

1 comment:

  1. Agree. Dokter pasti lebih paham ttg obat2 yg dia bagi. Jadi kita ikut lah arahan dia. Terkadang Krn nak cepat, jadi semua diminum tanpa ingat hrs sebelum atau sesudah makan

    ReplyDelete