'Santai Tapi Sampai'

19 October 2024

Peranan suami bukan sekadar bagi duit belanja!

Cikla tau, isu ni memang selalu diperkatakan dan kita perlu berlapang dada kalau nak bincangkannya. Faham, setiap orang ada pendapatnya memasing. Korang tau tak, setiap suami ni ada cabaran dan rezeki yang berbeza-beza bila bercakap tentang pasangan hidup. 

Ada yang dapat isteri yang independent, pandai buat semua sendiri. Ada yang sabar melayan karenah anak-anak walaupun penat tak terkira. Ada yang jenis kemas rumah tak berhenti, ada yang senyap je tapi tetap sayang. Ada juga yang jarang ada di rumah tapi sumbangannya besar dalam hal kewangan.

Peranan suami bukan sekadar bagi duit belanja!

Sebagai suami, tanggungjawab kita tetap besar. Bukan sekadar bagi duit, balik kerja dan duduk diam. Eh, tak boleh macam tu! Urusan keluarga ni, walaupun isteri banyak buat, kita tak boleh lepas tangan.

Kadang-kadang, suami jenis tak banyak cakap soal emosi isteri, tak kisah pun dia tengah okay ke tak. Tapi, tahu tak, isteri juga ada hati yang perlu dijaga? Tak boleh la lepas balik kerja terus main handphone, anak-anak nak main dengan siapa? Rumah takkan kemas sendiri, bro!

Suami ni ketua keluarga. Bila kita jadi ketua, maknanya kitalah yang bertanggungjawab. Kita ada tanggungjawab besar sebagai suami, ayah, pemimpin, penjaga. Kalau kita serahkan semua kat isteri, itu bukan tanggungjawab yang adil. Lepas tu, kalau biar isteri tanggung semua, tak adillah. Malah, dosa pula kalau tanggungjawab kita dilepaskan begitu sahaja.

Ingat, isteri dan anak-anak ni amanah Allah. Jadi, sebagai lelaki, kalau nak jadi suami yang baik, kena faham tanggungjawab. Kalau semua nak letak kat bahu isteri, baik tak payah jadi suami.

Moralnya, kita kena main peranan dengan betul, bantu isteri, jaga anak-anak, barulah keluarga harmoni. 

1 comment:

  1. Benda kdg2 simple.. isteri tgh masak suami blh tgk kan anak.. isteri habis masak suami blh basuh kuali periuk bagai.. lepas makan suami boleh tlg kemaskan meja.. Nampak baju dlm washing machine boleh tlg sidaikan.. bukan semua adalah kerja isteri.

    ReplyDelete