Perlu ke wanita risau tentang penyakit jantung?

Bila kita cerita pasal penyakit jantung, confirm kebanyakan orang akan bayangkan yang sakit jantung ni hanya masalah lelaki. Namun sebenarnya, wanita jugak berisiko tinggi untuk mengalami penyakit jantung, terutama bila usia semakin meningkat. So, adakah wanita perlu risau tentang penyakit jantung? Jawapannya, YA!

Fakta mengejutkan! Menurut kajian, penyakit jantung merupakan pembunuh nombor satu dalam kalangan wanita di dunia, melebihi kanser payudara. Penyakit ini selalu dianggap sebagai "pembunuh senyap" sebab simptomnya mungkin tak begitu ketara sangat. Kadang-kadang, wanita tak sedar dorang mengalami serangan jantung sebab simptom macam sesak nafas atau rasa letih selalu dianggap hal biasa jer. 

Perlu ke wanita risau tentang penyakit jantung?

Wanita lebih berisiko tinggi untuk dapat penyakit jantung kalau korang:

- Ada sejarah keluarga dengan masalah jantung.
- Merokok. tak kira jantina, merokok memang sah-sah bagi kesan buruk pada jantung.
- Mengalami tekanan darah tinggi atau kolesterol tinggi.
- Gaya hidup tak aktif , contohnya kurang bersenam? Memang ada risiko!
- Mengalami tekanan atau kemurungan. Emosi wanita lebih mudah terjejas oleh tekanan dan ini bagi efek pada kesihatan jantung.

Serangan jantung pada wanita mungkin tak begitu jelas. Berikut antara tanda-tanda yang wanita harus waspada:

- Sesak nafas tanpa sebab.
- Sakit di bahagian dada atau ketakselesaan yang merebak ke bahu, leher atau rahang.
- Rasa loya, pening atau keletihan to da  max!

Tak perlu risau berlebihan, tapi pencegahan lebih baik daripada rawatan. Beberapa langkah mudah boleh diambil untuk menjaga kesihatan jantung:

- Bersenam secara konsisten. Mulakan dengan 30 minit berjalan kaki setiap hari.
- Makan secara sihat. Lebihkan sayur-sayuran, buah-buahan dan kurangkan makanan berlemak.
- Control stres. Jangan biarkan stres berpanjangan, luangkan masa untuk diri sendiri.
- Berhenti merokok. Ini langkah paling penting! Kalau korang seorang wanita yang merokoklah.

Wanita sememangnya perlu mengambil berat tentang kesihatan jantung mereka. Dengan gaya hidup yang sihat dan pemeriksaan kesihatan secara berkala, risiko penyakit jantung boleh dikurangkan. Jangan abaikan tanda-tanda kecil dan pastikan korang sentiasa menjaga kesihatan jantung, sebab jantung yang sihat adalah kunci kepada kehidupan yang berkualiti. 

Jadi, mulai hari ini, jangan anggap penyakit jantung hanya masalah lelaki. Jaga diri, jaga jantung!

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (446) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews