Asam pedas ikan pari: Resipi paling 'kick' untuk peminat masakan pedas!

Bagi peminat makanan pedas, pasti sudah biasa dengan asam pedas, kan? Salah satunya Asam Pedas Ikan Pari? Rasa pedas, masam, dan aromanya yang menyelerakan memang boleh buat sesiapa kecur air liur! Resepi ini sangat mudah dan pasti menjadi kegemaran seisi keluarga. Jom kita lihat bahan-bahan dan cara memasaknya.

Asam pedas ikan pari: Resipi paling 'kick' untuk peminat masakan pedas!
Asam pedas ikan pari: Resipi paling 'kick' untuk peminat masakan pedas!

Bahan-bahan:

Ikan pari saiz sederhana.
5 ulas bawang merah (kisar).
3 ulas bawang putih (kisar).
Sedikit belacan (kisar).
30 gm cili kering (buang biji, rebus, kisar).
1/2 sudu kecil serbuk kunyit.
3 inci halia (ketuk).
2 tangkai serai (ketuk).
Daun kesum secukupnya.
4 sudu besar jintan putih serbuk (jintan halus).
Air secukupnya.
Air bancuhan asam jawa secukupnya.
Garam secukup rasa.
Sedikit gula.
Minyak untuk menumis

Cara memasak:

1. Panaskan minyak, kemudian tumis bahan kisar, halia, serai, serbuk kunyit dan serbuk jintan putih hingga naik bau dan pecah minyak. Memang aroma ni buat jiran pun tertarik nak datang! Haha 

2. Masukkan air secukupnya, biar kuah mendidih sekejap supaya lebih sebati dan berasa.

3. Masukkan ikan pari bersama daun kesum. Masak sehingga kuah mendidih dan ikan masak sepenuhnya. Jangan lupa kacau sesekali supaya kuahnya lebih menyerap.

4. Akhir sekali, masukkan air bancuhan asam jawa, garam, dan sedikit gula. Biar seketika hingga rasa masam, manis dan pedasnya cukup sempurna.

5. Tutup api dan siap dihidangkan! Hidang panas-panas dengan nasi putih. Memang ‘padu’!

Asam pedas ikan pari ni memang terbaik untuk mereka yang suka masakan berempah dan berasa ‘kick’. Rasa masam dari asam jawa dan pedas dari cili kering memang kena dengan selera rakyat Malaysia. Cubalah resipi ini di rumah, pasti tak menyesal! 

Selamat mencuba. 

Kredit resepi dan gambar kepada owner asal.

1 comment:

  1. Jaman dahulu masa wak kecik2 ikan pari ni tak laku, sekarang ni mahalnya ya amat.

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (446) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews