Resepi buttermilk chicken.

Budak-budak kalau lauk ayam memang tak jemu. Lagi-lagi kalau menu kena dengan tekak dorang. Silap-silap sepinggan dia  je hadap sorang. So, cikla nak share satu resepi rasanya ramai yang suka tak kiralah budak-budak ke, silap-silap mak pak budak pun gemor jugak. Jom tengok bahan dan cara buat. Btw, thanks pada pemilik asal resepi ni. 

Resepi buttermilk chicken.
Resepi buttermilk chicken.

Bahan-bahan:
Ayam bahagian dada.
Tepung goreng ayam Bestari.
Bawang putih.
Bawang holland/bawang merah.
Cili api (merah dan hijau).
1 keping cheese slice Cheddar.
1/2 mentega (salted or unsalted pun boleh) 
2 tangkai daun kari.
1 mangkuk/tin susu cair (tak kisah brand apa, ikut suka korang).
Minyak secukupnya.

Cara masak ayam goreng:

1. Ayam potong dadu. Jangan terlalu kecil ataupun besar. Sedang sedang sahaja ya saiz sebab nanti nak salut tepung and telur.

2. Gaulkan ayam dengan telur dan kemudian salutkan dengan tepung goreng ayam bestari.

3. Masa salutkan ayam, panaskan minyak dalam kuali. Bila minyak dah panas, masukkan ayam yang telah disalut satu per satu. Korang kena kerap gaul ayam tu supaya tak melekat dan hangus.

4. Tapiskan ayam yang digoreng dan siap sediakan bahan untuk masak kuah buttermilk.

Cara memasak buttermilk:

1. Masukkan 1/2 mentega dan gaul sampai cair. Make sure api kecil supaya mentega tak hangus.

2. Kemudian, masukkan bawang merah atau bawang holland dan juga cili api sekali. Cili api korang boleh letak cili api hijau lebih kalau nak pedas. Kalau nak pedas manja-manja je. boleh letak sama banyak dengan cili api merah.

3. Lepas dah masukkan kedua bahan tu, masukkan pulak daun kari yang telah dibasuh. Gaul untuk berapa minit kemudian masukkan bawang putih. Gaul sehingga naik bau. Api masih kekal dalam keadaan kecil. Risau rentung pulak nanti.

4. Then, masukkan susu cair satu tin dan gaul sekejap. Kemudian, masukkan 1 keping cheese slice cheddar dan kacau hingga sebati.

5. After cheese dah sebati, masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul rata.

6. Sambil gaul, korang letaklah garam separuh sudu kecil dan kacau. Dalam masa sama, korang kena kerap rasa ya supaya takda yang terkurang. Kemudian tutup api. Siap!

Selamat mencuba!

Kredit resepi dam gambar to Neesazm.

2 comments:

  1. 2 hari lalu saya baru masak buttermilk ๐Ÿ˜๐Ÿ˜. Anak2 suka juga. tapi di JKT ini agak susah dpt daun kari. JD terpaksa saya ganti dengan daun jeruk nipis ๐Ÿ‹‍๐ŸŸฉ kak. Jadi nak buat lagi . Gampang soalnya

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews