Buat amal biarlah ikhlas sebab inilah ujian dan ganjaran dari Allah.

Dalam hidup ini, mungkin kita pernah rasa kecil hati bila kebaikan yang kita buat tak dihargai orang. Namun, kita kena sedar yang bukan semua kebaikan itu mesti mendapat penghargaan di mata manusia. Sebenarnya, time kita buat sesuatu tanpa dipandang oleh orang lain, di situlah Allah sedang menguji keikhlasan hati kita.

Ironinya, ikhlas dalam beramal adalah salah satu perkara yang paling susah nak jaga. Allah sebenarnya uji kita sejauh mana kita mampu buat sesuatu itu dengan sepenuh hati tanpa mengharapkan balasan atau pujian. Inilah tahap sabar yang kena kita tanam dalam diri kita. Kecewa sebab tak dipuji mungkin datang dari ego dan keinginan untuk diakui. Tapi, Allah tak tengok hasil semata-mata. Allah tengok pada niat dan usaha kita.

Jadi, apa yang terbaik adalah sentiasa bersedia menerima kalau kebaikan kita tak dihargai oleh manusia. Sebab apa? Sebab  penghargaan manusia itu bersifat sementara dan sering kali tak adil. Sebaliknya, berharaplah pada Allah. Mohon agar setiap amalan yang kita buat dipandang Allah dengan rahmatNya. Dan, Allah jualah adalah sebaik-baik penilai.

Buat amal biarlah ikhlas sebab inilah ujian dan ganjaran dari Allah.

Nafsu itu selalu datang dalam bentuk yang halus. Kita mungkin rasa kebaikan yang kita buat tu dah cukup nak bawa kita ke syurga. Namun, berhati-hatilah. Ada kalanya, rasa cukup itu adalah tipu daya nafsu yang boleh merosakkan amal kita. Jangan biar diri tertipu dengan perasaan yang kita dah buat yang terbaik, sebaliknya sentiasa perbaiki serta tambah amal dengan rendah hati.

Kata pujangga ada mengatakan, amalan tanpa keikhlasan itu macam bayangan yang hilang bila terkena sinar matahari. So, teruslah berbuat baik walaupun takde siapa tengok, sebab Allah sentiasa memerhati. Moga kita semua dijauhkan dari keinginan dipuji manusia dan diberikan kekuatan untuk mengekalkan keikhlasan dalam setiap perbuatan kita. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (446) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews