'Santai Tapi Sampai'

31 October 2024

Ujian Pap Smear: Bila, siapa dan mengapa penting.

Ujian pap smear adalah prosedur mudah yang penting untuk mengesan kehadiran sel-sel abnormal pada serviks. Kenapa ini penting? Sebab kanser serviks adalah salah satu jenis kanser yang boleh dicegah jika kita dapat mengesannya lebih awal. Jadi, bila waktu yang sesuai untuk menjalani ujian ini?

Ujian Pap Smear: Bila, siapa dan mengapa penting.

Pakar kesihatan mengesyorkan agar wanita yang pernah aktif secara seksual mula menjalani ujian pap smear seawal usia 21 tahun. Kalau korang berusia antara 21 hingga 29 tahun, buatlah ujian ini setiap tiga tahun. Untuk wanita yang berusia 30 tahun ke atas, korang boleh jalani ujian ini setiap lima tahun sekali, terutamanya jika ia digabungkan dengan ujian HPV. Namun, kalau korang mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kanser serviks, mungkin lebih baik untuk melakukan ujian ini lebih kerap.

Jangan risau, ujian ini cepat dan mudah. Bayangkan seperti sedang duduk di kerusi solek, cuma kali ini "solekan" dibuat oleh doktor. Hihi. Jadi, adakah semua wanita perlu melakukannya? Secara amnya, ya! Semua wanita yang pernah aktif secara seksual disyorkan untuk menjalani ujian ini, tak kira umur. Malah, walaupun korang dah menopause atau dah tak aktif seksual, ujian ini tetap disarankan sampai umur 65 tahun. Risiko kanser serviks masih ada walaupun aktiviti seksual telah berhenti.

Tapi kalau korang sudah menjalani histerektomi dan tak mempunyai sejarah sel abnormal, korang mungkin dah tak payah buat ujian ini. Namun, it's better untuk berbincang dengan doktor tentang keperluan peribadi korang.

Jadi, apa pentingnya ujian pap smear ini? Pertama, ia dapat mengesan perubahan sel yang mungkin berkembang menjadi kanser. Kalau ia dikesan awal, rawatan boleh dilakukan sebelum ia menjadi lebih serius. Kajian juga menunjukkan bahawa wanita yang menjalani ujian secara berkala mempunyai risiko lebih rendah untuk menghidap kanser serviks. Malah, rawatan pada peringkat awal jauh lebih murah dan mudah dibandingkan jika ia dikesan pada peringkat akhir.

Ujian pap smear juga dapat meningkatkan kesedaran tentang kesihatan reproduktif. Ingat, prosedur ini bukan macam kita buat swab test Covid-19 yang kena cucuk hidung tu. Dia takdelah sakit sangat, cuma mungkin korang rasa macam kurang selesa sikit. So, jangan tunggu lagi! Buatlah temu janji dengan doktor korang dan jalani ujian pap smear secara berkala. Kesihatan kita lebih penting daripada rasa malu yang mungkin hanya sekejap. Jom, jaga kesihatan kita bersama! Moga bermanfaat.

1 comment:

  1. Saya dah pernah papsmear. Sekaligus ambil paket vaksin HPV . Tapi tahun depan rasanya nak papsmear lagi. Kalo vaksin HPV at least 10 THN sekali kan. JD msh agak lama juga saya hrs vaksin ulang.

    ReplyDelete