Nak tau cara semulajadi untuk kurangkan rasa sakit kontraksi seterusnya bantu memudahkan proses bersalin? Meh baca perkongsian ini.

By Cikla Shahril - April 07, 2020

NAK TAU CARA SEMULAJADI UNTUK KURANGKAN RASA SAKIT KONTRAKSI SETERUSNYA BANTU MEMUDAHKAN PROSES BERSALIN? MEH BACA PERKONGSIAN INI. Cikla dah 4 kali bersalin, dan InshaAllah hujung bulan 6 ni kali ke-5. Tapi rasanya sakit kontraksi tu macam lain-lain je. Masa nak bersalinkan kakak Batrisyia, cikla kena induce. So, rasa sakit tu memang wow, gila ahh. Masa bersalin kakak Farisya, abang Ammar dengan Zara sakit semulajadi. Keluar tanda dan ada rasa kontraksi jugaklah. Tapi takdelah sakit gila. Masih boleh bertahan sampai ke bilik bersalin. 

Jujurnya, sebelum nak bersalin tu cikla tak pernah dan pun nak minum air selusuh. Masa bersalin kali pertama tu, memang dah standby dah air selusuh tu, tapi tak minum pun. Cikla cuma amalkan zikir, "La ilaha illa anta, subhanaka, inni kuntu minaz zhalimin.” Alhamdullilah, memang dipermudahkan semuanya. Harap-harap yang kelima ni dipermudahkanlah semuanya. Aamin. 

Untuk ibu-ibu yang pertama kali nak melahirkan, mesti nak tau jugakkan cara nak bagi kurang rasa sakit kontraksi tu. Meh baca ni cikla share beberapa tips macam mana nak bagi lega sikit rasa tak selesa tu. 

Nak tau cara semulajadi untuk kurangkan rasa sakit kontraksi seterusnya bantu memudahkan proses bersalin? Meh baca perkongsian ini.
  • Nak tau cara semulajadi untuk kurangkan rasa sakit kontraksi seterusnya bantu memudahkan proses bersalin? Meh baca perkongsian ini. Gambar ubahsuai dari carian Google. 

Nak tau cara semulajadi untuk kurangkan rasa sakit kontraksi seterusnya bantu memudahkan proses bersalin? 

Korang kenalah selalu bergerak. Kalau yang ni cikla rasa memang betul. Walaupun sakit banyakkanlah berjalan untuk bantu menguatkan kontraksi. Bila kontraksi semakin 'mengganas', keadaan ini kan membantu mempercepatkan proses kelahiran. Janganlah duduk setempat. Nak berlari anak pun boleh, hihi.

Tapi, kalau korang rasa macam tak larat je nak berjalan, korang boleh tukar ke posisi yang lebih selesa masa korang duduk atas katil. Cumanya, kalau boleh elak dari baring telentang. Berposisilah dalam keadaan mengiring atau bersujud  sebab ia boleh bantu kurangkan rasa sakit. Aduhh!

Kalau sakit kontraksi tu mai, apply teknik pernafasan yang betul sebab ia boleh kurangkan rasa tak selesa tu. Korang kena tarik nafas dalam-dalam guna hidung dan hembuskannya kembali guna mulut. Buatlah berulang kali. Nak buat banyak kali pun tak, asal ia buat korang rasa lega dan selesa sikit. At least kan!

Lagi satu, kalau korang masih larat bangun untuk pergi ke toilet contohnya, korang boleh mandi air suam sebab air suam boleh bagi korang feel tenang. So, bolehlan jugak bantu kurangkan keperluan untuk mengambil ubat untuk mempercepatkan proses kelahiran. Induce wehh!

Kalau suami ada menemani korang kat dalam ward, mintalah suami buat urutan dekat bahagian pinggul termasuklah tempat yang korang rasa tak selesa atau sakit atau lenguh itu. Macam encik suami pulak, cubalah tenangkan isteri korang tu, bagi kata semangat ke, dan bagilah diaorang sedikit makanan sebab ia penting supaya isteri tu ada tenaga masa nak meneran nanti. Standby sesiap roti ke, kurma ke ataupun biskut pun ok.

Masa kontraski, gerakkan punggung dan membongkok ke depan untuk bantu rahim menolak baby ke saluran peranakan dengan betul. Ye faham sangat, kontraksi ni memang sakit gila gila gila tak tau na describe macam mana rasa dia, tapi tenanglah dan brsabar. Kalau boleh, janganlah menangis dan stress. Hadapilah dengan senyuman dan doa banyak-banyak moga Allah permudahkan semuanya.

Cuba dengar ayat dan bacaan surah-surah Al-Quran ataupun muzik yang menenangkan. Hat encik suami pulak, berdoalah banyak-banyak dan kalau boleh buatlah solat hajat minta segala urusan isteri awak tu dipermudahkan dan selamat kedua-duanya.

Kredit : 9bulan10hari.

  • Share:

You Might Also Like

1 Orang yang komen.

  1. fuh, semoga selamat Cik La untuk yang ke-5. seram jugak dengar. Aien baru dua kali, dua2 overdue .. haha

    ReplyDelete