'santai tapi sampai'

Kalau cikla seorang cikgu, rasanya macam sangat mencabar je nak tarik perhatian student terhadap apa yang kita ajar dekat depan kelas. Seba...

Nak tau tak rahsia macam mana nak ingat apa yang diajar oleh guru dalam kelas?

Kalau cikla seorang cikgu, rasanya macam sangat mencabar je nak tarik perhatian student terhadap apa yang kita ajar dekat depan kelas. Sebab, pada cikla, murid dulu dengan sekarang sangat berbeza. 

Cikgu kena pandai cari cara macam mana nak bagi murid diorang sentiasa fokus pada pada yang diajar. Hari tu, sambil  skrol skrol FB, terjumpa perkongsian menarik pasal ni. Nak tau? Jom baca sampai habis. 

Nak tau tak rahsia macam mana nak ingat apa yang diajar oleh guru dalam kelas?
Nak tau tak rahsia macam mana nak ingat apa yang diajar oleh guru dalam kelas?

Nak tau tak rahsia macam mana nak ingat apa yang diajar oleh guru dalam kelas?

1. Bila guru mula mengajar di depan kelas, lupakan hal-hal yang lain. Senang cakap, abaikan semua yang lain. Berhenti cari buku ke, asah pensel ke, membawang dengan kawan sebelah ke, usik kawan ke, termasuklah membetulkan tudung. Hehe. Tumpukan perhatian sepenuhnya. Concentrate bak kata orang putih!

2. Sebelum guru mula mengajar, cuba tanya pada diri sendiri atau dalam fikiran korang tu, apa topik yang guru tu nak ajar nanti, termasuklah apa yang patut difokuskan dalam topik tu dan ada kaitan tak topik tu dengan topik sebelumnya? Lagi banyak yang korang fikirkan atau imagine lagi bagus!

3. Masa guru tengah mengajar, kalau ada soalan yang mungkin korang nak tanya atau tak faham, tulis dulu dekat atas kertas kosong. Lepas tu, korang boleh noted down apa yang korang faham mngenai topik tu. Kalau dulu cikla suka buat peta minda, atau point penting.

4. Bayangkan apa yang guru sedang ajar. Bukan apa, cara ni boleh elakkan fikiran korang tu terawang-awang fikirkan benda lain. Senang cakap, berkhayal dalam kelas.

5. Cepat-cepat buat latihan sebab dengan membuat soalan dari latihan akan menentukan sama ada kita faham ke tak topik yang diajar. Kalau korang lagi banyak faham, lagi banyak yang korang akan ingat. 

Lagi satu, kalau korang tak boleh nak jawab soalan tu atau tak faham, tulis pada kertas dan boleh tanya terus pada guru lepas kelas atau di penghujung kelas nanti.

6. Kalau korang dah try buat soalan tu sendiri tapi masih tak dapat jawapan jugak, tanyalah pada guru. Jangan malu nak tanya, bak kata pepatah, malu bertanya sesat jalan. 

Apa yang penting, usaha dulu jawab sendiri dengan bersungguh-sungguh, kemudian baru tanya. Cara ni jugak boleh menguatkan ingatan dan kefahaman korang terhadap topik tersebut.

7. Baca balik atau ulangkaji apa yang diajar oleh guru orang tu sebelum 48 jam. Kalau korang nak tau, ada kajian mengatakan kalau sesorang murid atau pelajar itu belajar 10 perkara hari ini, mereka akan lupa 9 daripadanya selepas 2 hari. 

So, macam mana nak atasi 'masalah' ini adalah lepas korang belajar sesuatu topik yang baru, sebelum 2 hari berakhir, baca semulaja atau buat revision semula. Korang akan mudah ingat dan inshaAllah tak kan mudah lupa!

Kredit info : Facebook @cikgushare

1 comment:

  1. Dina selalu sebelum masuk kelas, akan baca nota semua dulu secara sekilas. Terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete