Asam jawa: Rahsia hilangkan parut yang tak disangka-sangka!

Siapa sangka asam jawa, bahan dapur yang selalu kita gunakan untuk masakan, sebenarnya menyimpan rahsia kecantikan semula jadi? Kalau korang sering bergelut dengan parut lama yang degil nauu nak hilang, mungkin ini masanya korang try petua ini. 
 
Asam jawa: Rahsia hilangkan parut yang tak disangka-sangka!

Kenapa asam jawa?  

Asam jawa kaya dengan kandungan antioksidan dan asid semulajadi yang bantu singkirkan sel kulit mati. Dalam masa yang sama, ia jugak merangsang pertumbuhan kulit baru. Sebab itulah ia terkenal sebagai bahan semulajadi untuk cerahkan parut sekaligus menyegarkan kulit.  

Cara menggunakan asam jawa.

Senang je! Ambil sikit pes asam jawa, pastu campurkan dengan air suam sampai jadi pes pekat. Then, sapu pada bahagian atau kawasan kulit yang bermasalah atau ada parut, biarkan selama 15 hingga 20 minit, kemudian baru bilas dengan air bersih. Lakukan ini dua hingga tiga kali seminggu. Selain daripada membantu memudarkan parut, asam jawa jugak dikatakan boleh beri efek kulit yang lebih halus dan cerah. Kalau korang buat konsisten, korang akan mula nampak perubahannya dalam beberapa minggu je.  Wah, best nya!

Adakah semua parut boleh hilang?  

Kita kena ingat, parut yang baru lebih mudah pudar berbanding parut lama. Kalau parut tu dah bertahun-tahun, mungkin ia perlukan rawatan tambahan atau tempoh masa lebih panjang. Tapi, jangan risau, at least dengan asam jawa, korang tak payah risau tentang bahan kimia yang mungkin merosakkan kulit.  

Untuk hasil lebih baik, campurkan pes asam jawa dengan madu atau minyak kelapa. Kedua-dua bahan ini bantu lembapkan kulit dan percepatkan proses pemulihan.  

Walaupun nampak macam petua simple je kan, namun keberkesanannya telah terbukti oleh ramai orang sejak zaman nenek moyang kita lagi. Jadi, apa kata korang cuba? Sapa tahu, parut yang dulu buat korang rasa kurang yakin kini boleh pudar dengan bantuan asam jawa! Nak cantik tak semestinya mahal, kan? 

2 comments:

  1. boleh dicuba ni...dah semakin banyak usia ehhhh banyak pulak parut kat muka. masa anak dara dulu takde pengalaman keluar jerawat tapi bila dah 4 series byk pulak jerawat

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews