Buli, trend atau gaya hidup ?

Buli. Dengar je perkataan ni, mesti ramai yang terus terbayang adegan drama. Dari sekolah, tempat kerja, sampailah ke medsos. Tapi korang sedar tak, budaya ni makin hari makin merebak pulak. Macam virus. Kalau dulu-dulu, buli ni bab fizikal je. Body shaming. But now? Era keyboard warriors dah amik alih pulak. 

Buli, trend atau gaya hidup ?

Dekat medsos contohnya, ada je yang rasa dialah 'comment champion'. Pantang nampak peluang, terus jadi hakim tak bertauliah, kecam kiri kanan, atas bawah. Apa yang paling teruk, budaya 'toxic' ni dianggap cool pulak. Seriuslah wehh? Takkan menyakitkan hati orang lain dijadikan tiket nak popular? Choii!

Mungkin ada yang tak tau kesan buli ni sangat serius ye. Orang yang kena buli ni bukan setakat hilang keyakinan diri je, malah ada yang kemurungan. Lebih malang lagi, ada yang sampai buat keputusan tragis. Korang agak-agak apa dia? Si pembuli pulak? Mungkin puas hati, tapi dia lupa. Balasan apa yang dia buat tu  datang macam ombak tsunami. Cuma lambat atau cepat. Tunggu je la. 

Buli, trend atau gaya hidup ?

Tapi kan pernah gak terfikir, kenapalah buli ni makin menjadi-jadi? Salah teknologi ke? Atau sebenarnya kita yang dah kurang empati? Tapi, apa pun alasannya, satu benda yang jelas, 'buli tak pernah layak jadi trend.' Hidup ni singkat, friend! Janganlah dok bazir dengan menyakiti orang lain. Jadi orang yang cool sebab kebaikan, bukan sebab kejahatan. 

Nak popular? Jadikan "anti-buli" sebagai trend baru. Mesti lagi power! Moga dapat sesuatu. 

2 comments:

  1. Memang tak paham dengan pikiran Orang2 yg suka membully. Terlebih sedih kalo pelakunya anak di bawah umur 😭😭. Kenapaaaa lah bisa tega macam tuh. Saya betul2 ingin tahu pendidikan yg dia dapat di rumah, sampai bisa membully temannya.

    Ada kejadian di sini , baru saja, seorang anak 8 tahun meninggal karena dibully Kaka kelasnya yg usia 11-12 THN. Sediiih sangat. Korban sebaya dengan ank saya.

    ReplyDelete
  2. buli dari zaman dulu hingga sekarang tetaplah tak berubah gayanya. Kalau zaman dulu lebih kepada buli fizikal, sekarang tambah pattern buli di media sosial yg boleh menyebabkan kemurungan dan bunuh diri. Pembuli layak di called out dan dipulau oleh masyarakat. Entah kepuasan apalah yg diorang dapat dgn menyakiti orang lain.

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews