Petua mudah legakan sakit senggugut.

Sakit senggugut sangat menyakitkan. Mereka yang pernah kena tau la kan. Walaupun dulu cikla pernah gak la kena tapi takde la sakit giler, tapi still sakit ooo. Rasa macam kena tarik je urat abdomen tu. Huhu. Mujurlah sejak dah berusiaa, takde la kena teruk sangat. Paling tak selesa pun, lenguh pinggang, peha dengan belakang punggung je la. Tu pun sakit ooo.

So, selain dari ubat yang mungkin korang beli di farmasi yang kaler pink tu atau yang korang ambil di doktor, ada beberapa petua yang korang boleh cuba paling tak pun mengurangkan rasa ketakselesaan itu. 

Petua mudah legakan sakit senggugut.
Petua mudah legakan sakit senggugut. Kredit pic bh.com.my

Petua 1

Ambil 9 biji pinang tua, dibakar tanpa minyak hingga menjadi arang dan kemudian ditumbuk hingga halus. Campurkan serbuk pinang bakar itu dengan secawan air suam dan minum selama sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

Petua 2

Ambil segenggam halia, tumbuk sampai lumat dan masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap minum air tadi didahulukan dengan selawat. 

Petua 3

Minum air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.

Petua 4

Campurkan serbuk halia atau halia yang ditumbuk lumat dengan serbuk lada hitam  Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Isikan dalam kapsul kosong. Makan 2 biji selepas makan tengahari dan malam 2 minggu atau seminggu sebelum haid. 

Petua 5

Semasa sakit ketika haid, minumlah air teh pahit tanpa gula.

Selamat mencuba dan semoga serasi dengan korang. InshaAllah.

4 comments:

Powered by Blogger.