Resepi ayam madu crispy chinese style: Padu gila, wajib cuba!

Nak masak something special tapi tak nak pening kepala? Nah, cikla nak share resepi Ayam Madu Crispy Chinese Style yang confirm buat korang terangkat. Resepi ni senang gila nak buat, tapi rasa dia macam makan kat restoran 5 bintang. Lagi best, bahan-bahan dia semua simple je!

Bahan A (untuk perap ayam):

500gm isi ayam (potong ikut suka hati).
2 sudu besar kicap cair.
1 sudu kecil lada putih.
1 biji telur.
2 sudu besar tepung jagung.
2 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar cuka.

Bahan B (untuk sos):

1 inci halia (hiris nipis).
1 sudu besar sos tiram.
1 sudu besar sos plum (kalau tak ada, guna je sos tomato).
5 ulas bawang putih (cincang halus).
2 sudu besar madu.

Resepi ayam madu crispy chinese style: Padu gila, wajib cuba!
Resepi ayam madu crispy chinese style.

Cara masak:

1. Campur ayam dengan semua bahan A. Gaul kasi rata. Biarkan ayam tu chill selama 30 minit.

2. Lumur ayam dengan tepung jagung. Goreng guna api sederhana sampai ayam separuh masak. Angkat, letak tepi dulu.

3. Panaskan minyak, goreng lagi sekali guna api besar. Ayam akan jadi rangup kaw-kaw. Angkat, rehatkan ayam tu kejap.

4.  Tumis semua bahan B dalam kuali. Masak guna api besar sampai berbuih, bau dia dah semerbak satu rumah. Masukkan ayam goreng tadi, gaul rata sampai semua ayam bersalut sos. Tutup api.

5. Tabur bijan dan daun bawang atas ayam tu. Siap, boleh terus hidang!

Tips extra:

- Kalau nak lagi sedap, guna ayam bahagian peha sebab dia lagi juicy.
- Sos ni boleh adjust ikut selera, nak manis lebih tambah madu, nak masam lebih tambah cuka.

Selamat mencuba.

Kredit Resepi dan gambar: Fatin Damia.

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews