Resepi ikan terubuk masin masak sambal cili api. Confirm licin nasi!

Siapa kat sini peminat ikan masin? Kalau suka makan dengan nasi panas, nah! Resepi Ikan Terubuk Masin Masak Sambal Cili Api ni memang padu. Campur sambal pedas dengan ikan masin, memang buat bertambah-tambah nasi! Jom kita try masak ikut resepi ni.

Bahan-bahan:

Ikan masin – Boleh pilih ikan terubuk, talang, duri, atau apa-apa ikan masin yang korang suka.
Air asam jawa/asam keping.
Bawang besar – Dihiris nipis-nipis.
Cili besar merah – Hiris cantik-cantik.
Tomato – Belah 4.
Gula dan serbuk perasa – Untuk cukupkan rasa.

Bahan tumbuk kasar:

Bawang besar. 
Bawang merah.
Bawang putih.
Sedikit belacan.
Cili besar merah.
Cili padi merah/hijau.

Resepi ikan terubuk masin masak sambal cili api. Confirm licin nasi!
Ikan terubuk masin masak sambal cili api.

Cara masak:

1. Potong ikan masin ikut suka hati, rendam dalam air biasa selama 30 minit. Kalau nak kurang masin, rendam lama sikit.

2. Panaskan minyak, goreng ikan masin sampai masak. Angkat dan ketepikan.

3. Panaskan sikit minyak, tumis bahan tumbuk kasar tadi. Tumis sampai naik bau dan pecah minyak.

4. Masukkan air asam jawa, kacau rata. Letak gula dan serbuk perasa. Tak payah tambah garam, sebab ikan masin dah cukup rasa.

5. Masukkan bawang besar, cili besar, dan tomato. Masak sampai layu.

6. Last sekali, masukkan ikan masin goreng tadi. Gaul sebati.

7. Hidang dengan nasi panas. Memang padu!

Nota Extra:

- Rendam ikan masin ikut tahap kemasinan yang korang suka. Kalau suka rasa masin sikit, rendam sekejap je.
- Kalau suka lagi pedas, boleh tambah cili padi.

Selamat mencuba. 

Kredit resepi dan gambar: Juma Natul.

1 comment:

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews