Resepi udang belon ala Thai: Rangup, simple dan sedap guna 4 bahan je!

Tak payah pening-pening nak masak apa untuk lunch atau dinner! Kali ni jom kita cuba resepi viral, Udang Belon Ala ThaiResepi simple ni memang sesuai untuk orang busy tapi tetap nak menu padu. Lagi best, resepi ni guna 4 bahan je, tapi rasa dia macam menu restoran. Kena cuba baru tau! Confirm makan tak cukup sepinggan.
 
Bahan-bahan;
  • Udang (buang kulit, biar ekor tu untuk nampak fancy sikit).
  • Tepung Blue Key Self Raising Flour (kotak pink, jangan salah beli!).
  • Telur.
  • Garam secukup rasa.
  • Air (ikut suka nak adjust pekat/cair adunan).

Resepi udang belon ala Thai: Rangup, simple dan sedap guna 4 bahan je!
Resepi udang belon ala Thai.

Cara-cara;

1. Bersihkan udang elok-elok. Buang kulit tapi ekor tu biar je, buat style restoran gitu. Kalau rajin, guna pencungkil gigi untuk buang kotoran kat belakang udang, tak payah belah belakang.

2. Dalam mangkuk, campurkan tepung, telur, dan garam. Lepas tu, masukkan air sikit-sikit. Adunan tu jangan cair sangat, jangan pekat sangat, yang penting boleh melekat elok kat udang.

3. Panaskan minyak. Celupkan udang satu-satu dalam adunan tepung, pastikan semua bahagian bersalut cantik. Lepas tu, goreng dalam minyak panas sampai kuning keemasan.

4. Angkat udang yang dah masak, toskan minyak, dan terus hidang! Boleh makan dengan sos cili Thai, memang ngam.

Tips bonus: 

Kalau nak hasilkan "belon" udang yang gebu cantik, adunan tepung tu kena ngam. Jangan malas adjust ya!

Selamat mencuba, geng!
 
Kredit gambar dan resepi: Fatyma Idris.

3 comments:

  1. terliur tengok udang macam tu.

    ReplyDelete
  2. Enak juga kalo tepungnya dah khusus tersedia.

    Resep ini pun sempat viral di sini. Tp adonan tepung pakai tepung kentang, maizena dan terigu lalu tambah baking powder. Saat digoreng memang membulat bagai balon

    Saya dah lama save, tp mood nak buat tak datang2 hahahahah

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews