20 January 2025

Rahsia didik anak jadi lebih independent.

Bila sebut pasal nak ajar anak berdikari, ramai mak ayah terus risau, “Boleh ke ni? Nanti dia buat sepah, lagi penat aku kemas!” Tapi, percayalah, proses ni bukan setakat buat hidup anak lebih mudah, tapi mak ayah pun dapat kurang sikit ‘kerja overtime’.

Pertama sekali, kita kena ingat, anak bukan terus lahir-lahir terus pandai ikat tali kasut. Semua bermula dengan langkah kecil. Jadi, mula dari perkara mudah macam suruh dia simpan mainan sendiri. Jangan terkejut kalau dia buat macam 'gimik bersih rumah' walaupun semua benda dia masuk bawah sofa! Haha. 

Rahsia didik anak jadi lebih independent.

Lepas tu, bagi dia tanggungjawab sesuai dengan umur. Contoh, kalau anak umur 5 tahun, bagi dia tugas lipat kain. Jangan expect kain tu elok macam lipatan butik. Kalau kain tu akhirnya nampak macam 'bantal kekabu leper', itu pun dah usaha besar. Puji-pujilah sikit, “Wah, pandai anak mama ni!” walaupun dalam hati rasa nak lipat semula.

Selain tu, jangan overprotective. Kalau anak nak cuba buat sesuatu, biar dia cuba. Jangan terus cakap, “Eh, tak boleh! Nanti tumpah!” Kalau tumpah pun, kan ada mop? Biarkan dia belajar dari kesilapan, sebab itu cara terbaik dia ingat sampai bila-bila.

Yang penting, sabar. Proses ni bukan sehari dua. Mungkin hari pertama anak basuh pinggan, sinki terus banjir. Hari kedua, pinggan pulak licin jatuh pecah. Tapi, lama-lama dia akan faham cara yang betul. Dan yang paling best, masa dia dah pandai nanti, mak ayah boleh goyang kaki sambil tengok drama!

Mendidik anak berdikari ni macam tanam pokok. Ia perlukan masa, sabar dan sesekali kena siram dengan pujian. Jangan lupa, anak yang berdikari bukan saja buat hidup mak ayah lebih mudah, tapi dia pun akan jadi lebih yakin dan bersedia untuk hadapi dunia.

Lagipun, siapa tak bangga bila anak kita boleh tolong buat kerja rumah, kan? Kalau ada kawan datang rumah, boleh tunjuk sikit, “Tengok tu, anak aku dah pandai masak nasi sendiri!”  walaupun guna rice cooker.

Selamat mencuba, mak ayah hebat! Ingat, kecil-kecil cili padi, lama-lama power berdikari!

No comments:

Post a Comment