Tahun baru dan azam: Macam mana nak mulakan dengan betul?

Setiap kali tahun baru, mesti ramai yang sibuk cerita pasal azam. Tapi kenapa azam ni macam wajib ada je tiap kali masuk tahun baru? Haaa, sebenarnya ada sebab dia! 

Tahun baru ni umpama "simbol" permulaan baru. Orang rasa macam ada peluang nak reset balik hidup. Kalau tahun lepas tak tercapai apa-apa, tahun baru ni kira peluang kedua. Ala, macam buku baru. Kan kosong lagi, so korang boleh tulis apa je yang korang nak.

Tapi masalah dia, ramai buat azam yang terlalu tinggi melangit. Contohnya, azam paling popular, tahun baru nak kurus, tapi lepas seminggu dah balik mengunyah keropok depan TV. So, salah ke buat azam? Ehh, tak salah pun tapi kena realistik. Buat azam yang kecil-kecil dulu, macam nak minum air lebih banyak atau jalan kaki 10 minit sehari. Bila tercapai yang kecil ni, barulah korang semangat nak kejar azam yang besar.

Azam ni penting sebab dia bagi kita hala tuju. Kalau hidup main ikut arus je, takkan ke mana gais. Tapi berazam tak guna kalau setakat tulis kat kertas lepas tu simpan bawah bantal atau tampal kat dinding. Azam kena ada tindakan. Kalau korang betul-betul nak ubah sesuatu, kena usaha sikitlah, betul tak?

Tahun baru dan azam: Macam mana nak mulakan dengan betul?
Tahun baru dan azam: Macam mana nak mulakan dengan betul?

So, tahun baru ni, jangan stress kalau tak ada azam besar. Buat je yang kecil-kecil tapi yang penting konsisten. Korang kena ingat hidup ni bukan perlumbaan siapa punya azam paling gempak. Apa yang penting, korang happy dengan progress korang sendiri. Tahun baru ni simbol harapan, bukan beban. 

Selamat tahun baru 2025 untuk sahabat blog ni. Moga hari kedepan ini lebih baik dan diredhai olehNya. Aamiin. 

1 comment:

  1. semoga tahun ni lebih baik, lebih sihat dan lebih bernilai.. ameennnnn

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (446) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews