Susu memang ada kandungan iodine dan ramai yang tertanya-tanya, kalau ada masalah hypertiroid, boleh ke minum susu? Jawapannya, bukan tak boleh langsung, tapi kena hati-hati sikit. Iodine penting untuk badan kita, tak kira kita ada hypertiroid atau hipotirodi. Cuma, kena ambil dalam kadar yang sederhana je.
Walaupun susu ada iodine, tak bermakna kita kena elak terus. Kalau dalam kandungan susu tu lebih tinggi berbanding bahan lain, tak ada masalah nak minum.
Contoh, kalau susu tu lebih banyak daripada soya, maka masih boleh ambil. Tapi kalau soya tu lebih banyak dalam produk tu, baik elakkan. Tapi kalau nak minum minuman berasaskan soya, terpulang! Cuma jangan lupa google dulu kesan buruk soya tu.
Macam mana nak tahu kandungan apa yang lebih tinggi? Mudah je, tengok bahagian kandungan bahan yang biasanya ditulis di label produk. Kalau susu jadi bahan utama, maka tak ada masalah untuk terus minum.
Walaupun kita tak perlukan banyak iodine, badan kita tetap perlukan sumber iodine yang cukup. Jadi, tak perlu risau sangat, cuma pastikan jumlahnya tak berlebihan.
Tapi, kalau korang dalam pantang dan sedang bersedia untuk ambil Radioiodine (Rai), itu lain cerita. Masa tu, memang susu dan produk tenusu perlu dielakkan terus, selama dua minggu. Kalau ibu yang menyusukan, kena keringkan susu badan sekurang-kurangnya enam minggu sebelum Rai.
So, makan dan minum tu ikutlah apa yang sesuai untuk badan kita, jangan ikut orang lain! Kalau ada masalah dengan susu, seperti lactose intolerant, cari sumber lain untuk kalsium. Jangan tanya orang, google je terus!
Good info. thank for sharing
ReplyDeleteOh saya baru tahu kalo susu perlu dilihat sangat utk yg mempunyai hypertiroid . Saya sendiri tak suka susu, apalagi susu sapi dan kambing. Baru cium bau saja dah nak muntah
ReplyDeleteKrn itu lebih memilih susu almond . Kalo soya memang tak terlalu suka. Krn pernah baca tak seberapa bagus khasiatnya