Bahayanya strok haba.

By Cikla Shahril - April 29, 2023

Lately cuaca sangat tak menentu. Macam kat tempat cikla ni belah pagi memang panas cuaca selok jer. Tapi membawak ke petang dah mula bertukar rupa. Mendung dan hujan. Minggu ni 2 hari berturut-turut hujan ribut petir sebelah petang. Ada kawasan kejiranan yang naik air. 

Ramai jugak yang demam selsema batuk kan lepas raya ni. Kesian kat budak budak la. Anak anak cikla setakat ni alhamdullilah masih bertahan okey sihat semuanya. Risau jugak, iyelah lagi berapa hari je sekolah nak masuk balik kan. 

Bila cakap pasal cuaca panas ni, satu yang kita risau strok haba. Punca strok haba ini adalah disebabkan oleh suhu badan yang meningkat secara mendadak sehingga 40 darjah celsius atau lebih tinggi lagi berbanding suhu badan individu normal yang hanya 37 darjah celcius. 

Bahaya sebenarnya strok haba ni, lebih-lebih lagi untuk golongan berisiko macam budak budak dan warna emas. Terbaru ada kes budak yang maut disebabkan strok haba. Salam takziah untuk seisi keluarga atas kehilangan insan tersayang. 

Golongan yang berisiko terkena strok haba; 

1. Kanak-kanak. 

2. Warga emas terutamanya yang mengalami penyakit jantung, buah pinggang, paru-paru atau sedang mengambil beberapa jenis ubatan.

3. Atlet terutamanya yang selalu berada di padang atau gelanggang terbuka dan terdedah kepada cahaya matahari

4. Pekerja yang bekerja di kawasan terbuka dan terdedah kepada cahaya matahari, seperti petani, nelayan atau buruh kasar.

5. Individu yang berada di dalam kenderaan tertutup tanpa penyaman udara dalam tempoh masa yang agak lama.

Basically, apa sebenarnya tanda-tanda awal strok haba ye. Bukan apa, bila kita kenal atau tau simptomnya kita boleh ambil langkah berjaga jaga sebelum mendapatkan rawatan sewajarnya. Antaranya tandanya adalah:

1. Sakit kepala berdenyut.
2. Mual.
3. Kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas.
4. Denyutan nadi yang pantas.
5. Otot lemah dan kejang.
6. Muntah atau rasa nak muntah.
7. Kulit kering dan kemerahan.
8. Sawan.
9. Pitam.
10. Tangan dan kaki menjadi sejuk.

Bahayanya strok haba.
Bahayanya strok haba. 

Cara rawat mangsa strok haba; 

Rawatan harus dilakukan dalam masa 45 minit selepas mengalami strok haba. Keutamaan rawatan ini adalah untuk menurunkan suhu badan mangsa. Jadi, bawa mangsa ke tempat teduh ataupun bawa mangsa ke bilik yang sejuk/berhawa dingin atau tempatkan mangsa di bawah kipas. 

Selain itu, lap anggota badan mangsa dengan menggunakan tuala basah atau rendam mangsa di dalam kolam air. Mangsa tak boleh diberi minuman langsung. Hanya melalui ‘intravenous drip.’ Setelah itu, bawa mangsa ke klinik atau hospital berdekatan.

Cara pencegahan strok haba; 

1. Elakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas. 

2. Minum air dalam kuantiti banyak atau minima 2.5 liter sehari. 

3. Pakai pakaian yang diperbuat dari 100% kapas kerana bahan itu membenarkan penyejatan peluh yang maksimum. 

4. Pakai topi dari bahan kapas kerana lebih 40% daripada kehilangan haba berlaku di bahagian kepala. 

5. Elakkan berjalan atau lakukan aktiviti di atas permukaan panas seperti simen dan bitumen.                            
Jaga diri semua. 

Kredit : PetuaDanKesihatan

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments