Ruginya kalau tak bersahur.

Jangan tinggalkan sahur kerana bersahur itu ada keberkatannya. Korang nak tau apakah keberkatannya? Antaranya adalah mampu memberikan tenaga, menguatkan semangat, dan meringankan beban bagi mereka yang berpuasa. Orang kata bersahur walaupun hanya seteguk air. 

Ruginya kalau tak bersahur.
Ruginya kalau tak bersahur.

Ibn Hajar al-‘Asqalani mensyarahkan hadis ini: "Berkat pada sahur terhasil daripada sudut yang pelbagai, iaitu mengikut sunnah, serta berlawanan dengan ahli kitab, dan ianya menguatkan tenaga untuk melakukan ibadah puasa, serta menambahkan semangat untuk berpuasa, menahan daripada perbuatan yang tidak baik disebabkan oleh lapar, penyebab memberi sedekah kepada yang meminta, dan sebab kepada berzikir dan berdoa, waktu mustajab untuk berdoa, dan waktu niat untuk berpuasa bagi yang lupa berniat sebelum tidur. (Lihat Fath al-Bari, 4/140)

Bertuahnya mereka yang bersahur ni tau sebab Allah dan para malaikat berselawat ke atasnya. Selawat Allah ke atas orang yang bersahur ni adalah pujianNya kepada hamba-hambaNya yang bersahur, manakala selawat para malaikat ke atas mereka yang bersahur pula merupakan doa pengampunan dari malaikat buat mereka yang bersahur. Allahu, untungnya. 

Waktu sahur itu sendiri pulak termasuk antara waktu mustajab berdoa, waktu terbaik beribadah dan waktu diampunkan bagi mereka yang memohon keampunan. Ya Allah, dapat keuntungan lagi. 

Keberkatan bersahur terbahagi kepada dua jenis keberkatan:

1.  Keberkatan Syar'iyyah iaitu keberkatan dalam mengikut sunnah Nabi SAW, mendapat ganjaran dan pahala, penyebab kepada berzikir, berdoa, beristighfar pada waktu sahur yang merupakan waktu mustajab doanya serta beroleh keampunan.

2.  Keberkatan Badaniyah iaitu keberkatan pada sahur tersebut memberikan bekalan nutrien dan tenaga kepada badan serta menguatkan semangat untuk berpuasa!dan menahan diri dari melakukan perbuatan yang tak baik disebabkan oleh lapar.

Kredit Perkongsian 1 Hari 1 Hadis.

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews