Mesti korang pernah dengar mengenai keberkatan rezeki kan? Namun, pernah ke korang terfikir apa maksud sebenar di sebaliknya? Sebenarnya, "berkat" berasal dari Bahasa Arab, iaitu barakah bermaksud bertambah atau berkembang. Jadi, konsep mencari keberkatan patutnya sentiasa ada dalam kehidupan seorang muslim sebab ia adalah bekalan yang boleh bantu kita untuk meraih kehidupan yang lebih tenang. InshaaAllah.
Mungkin, kita tak sedar pun yang kita sebenarnya ada mempraktikkan sikap mengejar keberkatan dalam hidup sendiri, tapi tak dinafikan ada juga yang tak sedar akan hakikat berkat itu sendiri dan kepentingannya. Keberkatan yang Allah beri boleh datang dalam pelbagai bentuk seperti keberkatan dalam umur dan amalan, keberkatan dalam kesihatan atau harta benda.
Sebagaimana dalam beberapa hadis yang menyebut bahawa, Allah amat menyayangi hambaNya yang bersungguh dan tak lalai dalam melakukan pekerjaan sebab ia adalah amanah yang perlu dilakukan dengan baik.
Dengan itu, barulah keberkatan rezeki bakal menyusul yang akan menarik kepada ketenangan hidup serta kecukupan yang ada.
Jadi, bagaimana untuk meraih keberkatan rezeki?
1 – Niat melakukan pekerjaan kerana Allah untuk meraih pendapatan yang halal serta boleh membantu kepada perkembangan diri dan orang sekeliling.
2 – Lakukan pekerjaan dengan baik. Walaupun takde yang sempurna, namun kita boleh berusaha untuk memberikan yang terbaik.
3 – Amanah dan tak menyalahgunakan kuasa serta harta.
4 – Elakkan daripada melakukan pekerjaan yang syubhah atau ragu-ragu dan haram.
5 – Dalam bekerja, jangan lupa untuk beribadah kepada Allah sebab pada hakikatnya, rezeki itu datang dariNya.
6 – Bersyukur dengan perkara yang diperoleh walau sekecil-kecilnya.
7 – Zahirkan syukur dengan perbanyakkan sedekah dan membantu orang yang memerlukan.
8 – Utamakan nafkah kepada keluarga.
9 – Belajar untuk menerima teguran dan berusaha memperbaikinya agar boleh melakukan yang lebih baik.
10 – Kurangkan mengeluh atau melihat kepada masalah sebaliknya berusaha mencari penyelesaian di atas setiap yang berlaku.
11 – Menjaga juga hubungan dengan sekeliling dan rakan sekerja selain dari hubungan dengan Allah yang paling utama.
12 – Mengamalkan zikir dan amalan sunat yang boleh menarik rezeki.
13 – Perbanyakkan istighfar untuk menghapus dosa-dosa kecil yang dilakukan.
Semoga kita dapat mengamalkan dan istiqamah. Aamiin.
Kredit Penulis Asal
No comments:
Post a Comment