Nak tau petua nak lembutkan daging dengan senang?

Cikla agak kebanyakan rakyat Malaysia ni suka makan masakan berasaskan daging. Untuk pengetahuan korang, daging merupakan salah satu menu pilihan masakan bagus sebab ia tinggi protein, zat besi dan kalsium. Tapi korang tau tak, kalau korang tak tahu cara yang betul semasa memasak, daging akan jadi keras dan kurang sedap. Ada orang ingat, kalau kita rebus daging lama lama, daging akan jadi empuk tapi sebenarnya cara ini akan buat daging mudah hancur. Apa kata korang cuba cara cara ini pulak untuk melembutkan daging. Jom baca satu persatu.

Nak tau petua nak lembutkan daging dengan senang?
Nak tau petua nak lembutkan daging dengan senang? Kredit pic Google.

1. Letak daging yang bersih dalam peti.

Biar daging lembut dan simpan di dalam peti. Mungkin korang rasa susah untuk masak kalau daging masih beku, tapi daging yang sudah disimpan di dalam peti sebenarnya lebih empuk dan mudah dipotong berbanding segar.

Langkah-langkah:

• Cuci bersih bersih daging setelah dibeli dari pasar di bawah air yang mengalir.
• Rebus daging, simpan di dalam bekas tertutup rapat dan masukkan di dalam peti dan guna jika perlu.

2. Guna daun betik.

Tahukah korang, daun betik mengandungi enzim yang boleh mengempukkan daging. Caranya mudah, hany ramas daun betik muda sampai keluar getahnya, pastu gunakan untuk membungkus daging.

Langkah-langkah:

• Cuci bersih daging setelah dibeli dari pasar di bawah air yang mengalir.
• Rebus daging (bergantung menu masakan).
• Bungkus dengan daun betik muda yang sudah diramas, kemudian biarkan lebih kurang 1 jam sebelum dimasak.
• Bila daging sudah direbus, maka proses ini sekali gus membantu penyerapan rempah.

3. Cuci dengan nenas.

Korang boleh menggunakan parutan nenas muda. Nenas mengandungi enzim yang boleh meleraikan serat serat daging sehingga menjadi lebih empuk semasa dipotong.

Langkah-langkah:

• Cuci bersih daging setelah dibeli dari pasar di bawah air yang mengalir.
• Biarkan selama 30 minit sebelum dimasak.

4. Rebus dengan rempah.

Cara menggunakannya senang, selepas daging dicuci bersih, tabur daging cukup dengan rempah dan ramas. Biarkan beberapa saat, daging akan jauh lebih empuk.

Langkah-langkah:

• Cuci bersih daging setelah dibeli dari pasar di bawah air yang mengalir.
• Tabur daging dengan rempah sambil ramas tapi jangan sampai terlebih rempah tau.

5. Guna daun nangka.

Langkah-langkah:

•  Sediakan beberapa helai daun nangka dan bersihkannya dulu.
• Masukkan daun nangka ke dalam periuk bersama dengan daging yang ingin direbus.

6. Daun pisang abu

Langkah-langkah:

• Ambil daun pisang abu dan lapkannya dahulu sampai bersih.
• Carik-carikkan daun pisang abu.
• Masukkan ke dalam kuali atau periuk bersama-sama dengan daging yang ingin dimasak.

7. Pinang tua.

Langkah-langkah:

•  Ambil 1/2 atau 1 biji pinang tua.
• Kupas dan bersihkan pinang tua.
• Masukkan ke dalam periuk/kuali untuk dimasak sekali dengan daging.

Selamat mencuba. 

Kredit info  : Mingguan Wanita.

2 comments:

  1. paling malas nak masak daging sebab nak lembutkan tu la. hihi. bila ada petua macam ni senang boleh try & error mana yang menjadi. tq share petua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Bab nak tunggu lama tu yg bercinta .... Hihi

      Delete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (304) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (450) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews