Ini memang lumrah akan berlaku kepada pengidap tiroid. Tak kiralah apa status anda.
Hypertiroid biasa
Hypertiroid Congenital
Hypertiroid Grave's Disease
Hypertiroid Thyroid Eye Disease
Hypotiroid biasa
Hypotiroid Hashimoto
Hypotiroid congenital
Hypotiroid post Rai
Hypotiroid post Total thyroidectomy
Normal Hemithyroidectomy
Kanser Tiroid
Goiter (bengkak kelenjar tiroid)
Lemah, letih, lesu si pesakit tiroid. Kredit Google. |
Semuanya akan alami saat-saat lemah, letih dan lesu. Ini termasuklah semua sendi-sendi di badan berasa sakit. Bagaimana cara nak atasi 3L ini? Jawapannya ialah semuanya bergantung kepada kekuatan semangat setiap orang. Macam mana pun, sebagai pesakit tiroid, kita kena sematkan dalam hati yang kita kuat, kita tak peduli dengan 3L! Kita mahu hidup seperti orang sihat. Kita lawan!
Tak dinafikanlah, memang akan ada masa-masanya kita rasa down. Dah nama pun penyakit berkaitan dengan hormon. Sedangkan perubahan hormon wanita ketika period pun, kita dah jadi macam singa jadian. Apatah lagi dengan masalah hormon tiroid yang 24 jam meragam ni.
So, "Cari jalan, bukan cari alasan." Find a way, not an excuse! Cari jalan macam mana nak berasa cergas. Jadilah seperti sang kura-kura. Dah tahu badan berat, tetap jugak bergerak, walaupun perlahan. Jangan membiarkan diri kita terus lemah. Hentikanlah mengeluh. Sakit atau tak sakit, kena bangkit!
Kredit tuantanahkedaung fb TDA ori kpah.
Semoga kita semua sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik.
ReplyDeletejemput singgah blog saya ya jika berkelapangan :)
Aamiin
Deletesemoga terus kuat Cik La...
ReplyDeleteAamiin. Terima kasih
Delete