13 March 2023

Suka melengahkan solat? Baca ni.

Para malaikat menyeret dia melalui orang ramai, untuk menuju ke arah api neraka yang menjulang-julang. Dia pun apa lagilah, menjerit sekuat hati dan tertanya-tanya kot kot ada mana-mana orang yang mampu tolong dia.

Maka, menjeritlah dia sekali lagi sambil menyebutkan semua kebaikan yang dia dah buat. Macam mana dia selalu menolong ibu bapanya. Macam mana dia tak pernah tinggal puasanya, tak pernah tinggal solatnya, selalu bersedekah malah rajin membaca Al-Quran.

Dia terus menjerit, namun takde sorang pun datang tampil tolong dia. Para malaikat terus menerus mengheret dia. Dan, mereka semakin dekat dengan kawah api neraka. Dia menoleh ke belakang dan ini rayuannya yg terakhir. Dia teringat.

Tak! Rasulullah SAW pernah bersabda;

“Bagaimana bersih seseorang yang mandi di sungai lima kali sehari dari kotoran, begitu juga bersihnya orang yang melaksanakan solat lima kali seharian daripada dosa-dosa mereka.”

Dia menjerit lagi sekuat tenaga, “Solat saya? Solat saya? Doa saya?” Namun, kedua-dua malaikat itu tak berhenti malah terus mengheretnya ke tepi jurang neraka. Bahang api neraka yang membahang terasa menyambar mukanya.

Dia menoleh ke belakang sekali lagi, tapi matanya telah kering dari sebarang harapan dan dia tak punya apa-apa lagi yang tinggal dalam dirinya.

Salah satu malaikat menolak dia masuk ke kawah neraka Jahannam. Dia mendapati dirinya terawang di udara dan sedang jatuh ke dalam kawah api. Dia mandapati dirinya terus melayang dan akhirnya jatuh ke dalam kawah api neraka yang menjulang tinggi selama 70 tahun.

Selepas 70 tahun sengsara dibakar api, tiba-tiba dia terasa tangannya diraih oleh satu lengan. Dia ditarik kembali ke atas. Bila dia mengangkat kepalanya, dia melihat seorang lelaki yang sangat tua dengan janggut putih yang panjang memegang tangannya. 

Lelaki itu kelihatannya sangat daif. Sambil menyapu debu ditubuhnya dia bertanya kepada lelaki tua itu, “Siapakah kau?” “Akulah solatmu.” Jawab orang tua itu. 

“Mengapa kau begitu lewat bantu aku? Wahai solatku, aku telah terjunam ke dalam neraka selama 70 tahun! Kenapa setelah tubuhku hangus dan hampir berkecai baru kau datang selamatkan aku? Kenapaa?" Tanyalah lagi kepada orang tua tu. 

Orang tua itu tersenyum sambil menggeleng kepalanya dan berkata: “Adakah kau lupa? Selama hidup di dunia dulu kau sentiasa laksanakan aku pada saat-saat akhir!” “Setiap kali Maghrib kau beri tumpuan pada drama tv dulu. “Zuhur pun kau lewat. Kau lebih utamakan kerja dari aku. Asar dan Subuh pulak selalu di hujung waktu. “Kau tak ingat ke itu semua?”


Jerkahan lelaki tua itu mengejutkannya dari tidur. Dia pun terjaga. Seluruh tubuhnya dibasahi oleh peluh ketakutan. Masa tu jugak dia azan  berkumandang tanda masuknya waktu Solat Subuh. Dia bingkas bangun untuk mengambil wudhu. Dia berjanji tak akan melengahkan solat lagi. Dia dah sedar kesalahannya, kerana dia telah mendapat petunjuk yang Maha Benar.

Moga bermanfaat. 

Kredit  : Petikan dari ceramah Ustaz Faqih Razak di Masjid Tanjung Piandang, kredit kepada penulis asal.

4 comments: