Korang nak tau tak ada kisah seekor semut yang cukup yakin dengan rezeki Allah kepadanya. Ceritanya macam ni. Nabi Sulaiman pernah bertanya seekor semut; "Wahai semut, berapa banyakkah makanan yang kamu perlukan untuk hidup selama setahun?" Maka semut itu menjawab; "Wahai Nabi Allah Sulaiman, aku hanya perlukan makanan sebesar sebutir gula untuk hidup selama setahun."
Maka, Nabi Sulaiman mengurung semut tersebut di dalam sebuah botol dan diletakkan sebutir gula untuk makanan semut itu. Selepas setahun Nabi Sulaiman membuka tudung botol itu dan mendapati hanya separuh sahaja gula yang dimakan oleh semut itu. Lalu Nabi Sulaiman bertanya kepada semut tadi; "Wahai semut, mengapa hanya separuh sahaja gula yang kamu makan dalam setahun?"
Maka semut itu menjawab; "Jika diluar botol ini aku yakin Allah akan bagi rezeki yang cukup kepada aku untuk hidup, namun setelah kamu mengurung aku di dalam botol ini, aku tak yakin manusia akan berikan aku rezeki yang cukup. Aku takut kamu terlupa untuk membuka tudung botol ini setelah setahun, Oleh itu aku terpaksa berjimat cermat."
Kesimpulannya, yakinlah rezeki adalah milik Allah secara mutlak, bukan milik sesiapa. Manusia macam kita ni kalau tak yakin dengan rezeki Allah, maka lebih teruk daripada semut. Hihi. Subahanallah, segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Kredit penulis asal.
0 comments: