Syurga seorang isteri?

By Cikla Shahril - March 28, 2023

Korang setuju tak kalau cikla kata dugaan paling besar seorang isteri adalah bersabar. Namun, sebagai makhluk Allah yang penuh dengan emosi dan ada masanya ikut kata hati, kita sebagai isteri ada kalanya kita tak dapat menahan apa yang terbuku dihati nak nak pulak menghadapi hal yang amat kritikal pada kita iaitu suami.

Kita ni macam mentimun dengan durian, menggolek pun luka menggolek apatah lagi kena golek. Bukan apa risau kalau ada percakapan dan tingkah laku kita ni membuatkan suami kita terluka sama ada kita sengaja atau tak. 

Nabi SAW juga adalah menyatakan dengan jelas tentang sikap orang perempuan bila berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain. Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allahu, ngeri kan?!

Syurga seorang isteri?
Syurga seorang isteri? Kredit foto Google.

Jadi sebagai seorang isteri, tak salah kalau kita selalu minta maaf dengan suami. Manalah tau mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka dan tercerita tentang aibnya pada sesiapa.

Rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan darinya. Janganlah kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita sendiri lupa akan kelemahan kita. Jangan pulak kita sibuk besar-besarkan kesilapan dia tapi kita pandang sepi kesilapan kita.

Suami kita, siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan untuk kita sebagai jodoh. Itulah lorong nikmat, itulah juga lorong ujian Allah buat kita. Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin Allah nak bagi kita ganjaran pahala berlipat ganda melalui sabar kita. Mungkin Allah nak latih kita supaya lebih berdikari dan keluarkan potensi diri. Semua yang berlaku pasti ada sebabnya!

Syurga seorang isteri?
Syurga seorang isteri? Kredit foto Google.

Apa yang penting, minta Allah jaga rumahtangga kita. Kalau ada hal tentang suami yang kita tak suka, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tak boleh ubah dia, tapi Allah boleh. Minta dari Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumahtangga kita.

Allahu, betapa indahnya kesudahan hidup seorang isteri kalau dia mati dalam keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya.

Kredit :  Ustaz Nasiruddin Abd Aziz.

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments