Palpitasi atau palpitation berdebar. Yang pasti bukan debaran cinta.

Berdebar-debar juga dikenali sebagai satu keadaan di mana degupan jantung menjadi laju atau tak teratur. Ini adalah keadaan biasa yang kebanyakannya disebabkan faktor seperti tekanan tapi biasanya tak serius. 

Kebanyakan pengidapnya mengalami keadaan ini sekali sekala dan tak memerlukan rawatan. Tapi, kalau serangan menjadi kerap kena dapatkan nasihat dan rawatan doktor. Degupan jantung yang cepat dan deras yang biasanya dirasai oleh pesakit sebagai denyutan jantung yang tak normal.

Palpitasi atau palpitation berdebar. Yang pasti bukan debaran cinta.
Palpitasi atau palpitation berdebar. Yang pasti bukan debaran cinta. Kredit Google.


Gejala utama berdebar-debar ialah keadaan di mana kita mengalami perasaan degupan jantung menjadi terlalu laju atau kencang sampai jadi rasa tak selesa di bahagian depan dada. Pesakit juga akan mengalami rasa degupan jantung menjadi kuat, laju dan berulang-ulang. 

Berdebar-debar juga boleh terjadi bersama gejala lain contohnya pengsan, gangguan emosi, kerap berpeluh, tangan dan kaki menjadi sejuk dan keletihan.

Faktor penyebab antaranya:

•Kafein (Caffein)
•Terlalu teruja
•Takut
•Tekanan perasaan
•Bimbang (panic attack, panic disorder, generalized anxiety disorder)
•Masalah
•Selepas senaman berat
•Bernafas dengan cepat (Hyperventilation)
•Hyperthyrodism (satu pengeluaran hormon tiriod yang berlebihan berpunca dari kelenjar tiriod yang terlalu aktif)
•Penyakit jantung
•Hypoglycaemia (kekurangan gula dalam darah)
Arrhythmia (Degupan jantung yang tak teratur)
•Anemia
•Sebelum putus haid/tempoh masa pra-menopos
•Ubatan tertentu.

Palpitasi atau palpitation berdebar. Yang pasti bukan debaran cinta.
Palpitasi atau palpitation berdebar. Yang pasti bukan debaran cinta. Kredit Google. 

Rawatan bergantung kepada faktor penyebab. Pesakit yang mengalami masalah berdebar-debar dinasihatkan mengelakkan pengambilan minuman seperti kopi, teh, coklat, minuman ringan, alkohol dan pewarna makanan. Pesakit perlu diajar bertenang/rehat, melakukan senaman seperti berjalan pantas, berenang, skipping dan mengayuh basikal. Pemulihan Pemulihan bergantung kepada faktor penyebab.

Sumber : www.myhealth.gov.my

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (304) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (639) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (453) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews