Ada orang kalau skrin TV dia kotor sikit, berhabuk sikit mulalah tak senang duduk. Iyelah kan, mana selesa pandangan kalau skrin TV kotor lagi lagi bila menonton cerita kegemaran. Cara yang paling senang nak bersihkan skrin TV, capai je kain atau tisu pastu lap. Betul tak? Korang tau tak sebenarnya ada cara nak bersihkan skrin TV dengan betul, bukan apa kalau salah cara boleh merosakkan skrin TV korang secara kekal. Ada jugak yang salah adakalanya boleh membatalkan jaminan TV korang.
Mesti korang sayang TV kat rumah korang kan? Lebih-lebih lagi korang bersusah payah mengumpul duit sendiri untuk membelinya. Jadi, korang mesti bersihkan skrin TV dengan baik supaya ia tak rosak dan bolehlah digunakan dengan lama.
Jom check apa perkara yang perlu dielak dan dilakukan bila korang nak bersihkan skrin TV.
Pertama : Jangan guna tuala dan tisu untuk bersihkan TV.
Korang tau tak, kebanyakan skrin TV jenis LCD, LED dan OLED ni sensitif pada tekanan dan ia juga terdedah kepada calar. Jadi, material tisu dan tuala juga boleh merosakkan skrin TV tau. Korang disyorkan guna kain mikrofiber bagi membersihkan skrin TV tak kiralah dari jenis LCD, OLED, plasma atau paparan CRT lama. Kain jenis ini juga sesuai untuk tanggalkan cap jari dan kotoran pada skrin tanpa merosakkannya. Selain itu, elak gosok skrin terlampau kuat sebab skrin TV ni bersifat rapuh. Pastikan korang lap skrin selembut mungkin.
Elak sembur larutan terus ke skrin TV.
Jangan sembur sebarang cecair pembersihan terus ke skrin TV. Ini kerana, menyembur larutan terus ke TV boleh tinggalkan kesan kekal pada skrin. Ia jugak boleh menyebabkan bahagian dalaman TV rosak. Cara yang betul adalah, sembur cecair pada kain dulu, pastu baru lap skrin TV slow slow. Korang jangan guna produk yang ada kandungan ammonia, alkohol ataupun aseton sebab benda ni semua boleh rosakkan salutan anti-silau TV korang.
Matikan TV semasa membersihkannya.
Semasa membersihkan TV, pastikan TV korang dimatikan dulu. Perkara ni penting sebab ia boleh mengurangkan kemungkinan berlaku sebarang kemalangan elektrik atau renjatan. Bila skrin gelap, ia secara tak langsung akan memudahkan korang kesan dan buang kotoran yang ada pada skrin.
Lap skrin satu arah sahaja.
Masa bersihkan skrin TV, lapnya terlebih dahulu dalam satu arah je, contohnya lap skrin menggunakan kain yang disembur larutan secara menegak. Pastu, untuk bersihkan cecair pada skrin korang harus lakukannya dalam arah bertentangan, contoh lap ke bawah. Cara ini bagus untuk pastikan takde tempat pada skrin tertinggal untuk dibersihkan.
Tukar kain selepas lap skrin.
Habuk yang melekat pada kain boleh meninggalkan calar pada skrin apabila korang gunakannya kain yang sama lagi untuk mengelap. So, pastikan korang menukar kain pembersih selepas beberapa kali lap supaya ia dapat menangkap semua habuk yang ada, selain ia dapat elakkan korang meninggalkan tompok calar pada skrin.
Biarkan skrin kering.
Tompok basah pada skrin sebenarnya boleh mencipta silau yang mudah dilihat bila TV dihidupkan. Perkara ini sudah tentu akan "menyeksa" penglihatan dan pandangan korang kan? Haha. Jadi, setelah korang selesai bersihkan skrin TV, biarkan ia kering sepenuhnya dulu sebelum korang memasangnya semula.
Moga bermanfaaat.
Sumber: Gadgetsnow.
No comments:
Post a Comment