'santai tapi sampai'

Tahukah korang mengikut para ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui sepuluh pintu, iaitu;  1. Melalui sifat bohong dan an...

Pintu perangkap syaitan?

Tahukah korang mengikut para ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui sepuluh pintu, iaitu; 

1. Melalui sifat bohong dan angkuh  - Korang tau tak, dua sifat amatlah mudah tersemai dan menyubur dalam diri seseorang manusia itu sebab ia berpunca daripada ego. Keegoan itu sendiri yang biasanya akan mudah hanyut lagi lagi bila dilimpahi kemewahan dan kesenangan.

2. Melalui sifat bakhil dan kedekut. - Apa je harta dan kemewahan yang Allah bagi seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak. Ia boleh digunakan untuk bantu meringankan kesempitan hidup mereka yang perlu tak kiralah melalui zakat atau sedekah.

3. Melalui sifat takbur dan bongkak. - Bila seseorang itu rasa dia dah ada segalanya, sifat takbur bongkak dan riak akan mudah bertandang dalam diri. Namun, mereka lupa yang nikmat ni semua Allah boleh ambil bila-bila masa je. 

Pintu perangkap syaitan?
Pintu perangkap syaitan? 

4. Sifat khianat. - Khianat yang dimaksudkan ini bukan saja melalui perbuatan merosakkan milik orang lain, tapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tak mematuhi janji, perkongsian dan lain-lain.

5. Sifat tak suka menerima ilmu dan nasihat. - Nabi SAW selalu menasihati para sahabat supaya menjauhkan diri dari menjadi golongan manusia yang dibenci Allah, iaitu golongan yang tak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.

6. Melalui sifat hasad. - Hasad dengki ini  selalunya diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

7. Melalui sifat suka meremehkan orang lain. - Ego seketul manusia ini selalunya akan wujud bila dia rasa dirinya dah perfect kalau compare dengan orang lain. Orang lain dia tengok kecik je. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud:
"Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik iaitu orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil.''  (Riwayat Muslim).

8. Melalui sifat ujub atau bangga diri. - Menurut Imam Ahmad, Nabi SAW telah bersabda yang bermaksud: "Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja.'' (Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)

9. Melalui sifat suka berangan-angan. - Islam adalah anti kemalasan. Orang yang berat tulang atau malas nak usaha akan dipandang hina oleh Allah dan manusia. Dorang ni lebih suka berpeluk tubuh pastu simpan impian yang tinggi tapi malas berusaha untuk merealisasikan apa yang mereka impikan tu.

10. Melalui sifat buruk sangka. - Mereka yang suka tuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela oleh Islam. SAW bersabda yang bermaksud: "Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya.''  (Riwayat Muslim).

Pintu perangkap syaitan?
Pintu perangkap syaitan? Kredit foto Google. 

Tak sangka kan banyaknya lahai pintu yang sedang terbuka menantikan kehadiran kita. Memang bahaya kan? So, be careful. Jangan disebabkan pintu-pintu di atas, pintu neraka pulak menunggu kita. Nauzubillah. Biarlah pintu syurga yang terbuka untuk kita. Jom sentiasalah berdoa supaya kita sentiasa dijauhkan dari hasutan syaitan. Aamiin ya mujib. 

Kredit : Penulis Asal. 

0 comments: