'Santai Tapi Sampai'

28 February 2023

Isyarat yang korang jauh lebih baik dari yang korang fikirkan?

Sedar tak sedar kita dan berada di penghujung bulan Fabruari 2023 dah. Alalhu, cepatnya masa berjalan. Ampunilah dosaku ya Allah jika selama ini aku leka dengan hal yang melaghakan. So, disepanjang hari-hari yang dah berlalu ni korang perasan tak apa isyarat atau sign yang menunjukkan korang ni adalah seketul manusia yang jauh lebih baik berbanding apa yang korang fikir selama ini? Korang nak tau? Meh baca ni, manalah tau ada kena dengan personaliti korang sekarang ni. 

Isyarat yang korang jauh lebih baik dari yang korang fikirkan?
Isyarat yang korang jauh lebih baik dari yang korang fikirkan? Kredit pic Google.

  1. Korang suka puji orang lain sebagai tanda menghargai dan memang dia layak dipuji.
  2. Korang selalu bersyukur dengan kehadiran keluarga, sahabat handai dan orang di sekeliling. Korang sangat menghargai mereka yang rapat dalam hidup korang.
  3. Korang sentiasa baik dan menghormati orang lain. Korang akan layan semua orang seperti mana yang mereka inginkan tanpa ada sedikit pun diskriminasi atau pilih kasih.
  4. Korang fokus bila mendengar orang sedang berkata dan rajin berpesan-pesan untuk kebaikan. 
  5. Korang sentiasa jujur dalam percakapan serta menyampaikan kebenaran dan realiti.
  6. Korang bersifat optimis dalam usaha yang dilakukan. Korang juga sentiasa mahu yang terbaik, namun jika ada perkara tak jadi seperti yang dirancang, korang tak kecewa dan terus berusaha lagi.
  7. Korang rajin bersedekah dan sentiasa menyumbang masa dan tenaga untuk memberi manfaat pada orang lain.
  8. Korang sentiasa bertanggungjawab dalam semua tindakan yang dilakukan. Korang tak menghilangkan diri bila hal menjadi kompleks dan sentiasa buat yang terbaik dalam tugasan yang  diberikan.
  9. Korang sentiasa terbuka untuk pembaharuan dan penambahbaikan. Korang jugak belajar dari pengalaman dan sentiasa inginkan kemajuan dalam hidup dan masa depan.
  10. Orang boleh mempercayakan korang. Waktu mereka susah dan senang, mereka sentiasa ingat korang.

Cuba tanya pada diri sendiri, ada tak ciri-ciri ini dalam diri korang dan kalau takde, korang kenalah usaha sampai korang dapat capai semua karakter yang baik.

Moga bermanfaat. 

Kredit : Dato' Dr. Haji Mohd. Fadzilah Kamsah.

2 comments:

  1. semua positiviti tu kadang2 kita buat tanpa sengajakan. tanpa kita sedar rupanya banyak perkara positive dalam hidup kita

    ReplyDelete