'Santai Tapi Sampai'

22 February 2023

Jom latih diri sangka baik selalu.

Jujur, bagi cikla nak bersangka baik selalu tu adalah sangat mencabar. Sesuailah dengan kita, manusia yang tak sempurna dan tak lepas dari buat silap. Kita bukan maksum macam para Nabi. Namun, bersangka baik adalah sangat dituntutkan dalam apa juga agama. Iyelah, buat perkara baik semua agama suruh kan? Betul tak? 

So, apa kata lepas ni kita cuba latih diri kita untuk bersangka baik pada orang. Tak kisahlah orang cakap apa pun, orang gurau apa pun, orang buat apa pun, try setting atau pasakkan kat otak tu hal yang baik dulu. Biasanya, bila ada orang cakap apa-apa, mesti kita akan fikir yang negatif dulu kan? Haaa, baik korang mengaku. Hehe. Betul tak?  

Jom latih diri sangka baik selalu.
Jom latih diri sangka baik selalu. Kredit Google. 

Jom cuba  ni dulu. Kalau jumpa siapa-siapa yang tegur ke, yang senyum kat korang ke, try educate diri kita fikir positif first. Contohnya, ada orang yang kita tak kenal tiba-tiba senyum kat kita. Mesti kita fikir;  "Dia nak usha akulah tu." "Dia ada niat jahat la." Mungkin kita yang terasa sendiri. So,  check, periksa, scan hati kita dulu sebelum kita buat tu semua dekat hati orang lain. Kita keena bersangka baik pada orang. Kalau orang tak bersangka baik kat kita, itu hal dia dengan Allah. Kita tak payah la ikut sama macam dia. 

Apa yang penting, sekarang kita usaha perbaiki diri kita perlahan-lahan. Ajar dan latih diri kita. Hati kenalah kebal dan kental kalau nak hadap ujian yang lebig besar. Kalau setakat ujian camni tak kan tak boleh hadap kot? Kan?  Lagi satu, bila kita dah latih diri tu bersangka baik dengan orang, tengok pulak apa perubahan atau kesan dia pulak. 

Jom latih diri sangka baik selalu.
Jom latih diri sangka baik selalu. Kredit Google. 

Macam tu  jugak dengan DIA. Kita wajib bersangka baik padaNya. Kalau kita hilang sesuatu benda yang diambil dari kita,  kita wajib yakin Allah pasti menggantikan dengan yang lebih baik. Allah adalah perancang terbaik.

Moga bermanfaat. 

Kredit : Nora Yusof (Penulis FTR).

1 comment: