18 February 2023

Beza serum dengan pelembap?

Cikla yakin kebanyakan orang terutamanya orang perempuan mesti tau dan pernah guna serum dan pelembap kan? Bukan apa, keduanya boleh dikatakan skincare penting untuk penjagaam kulit wajah. Namun apakah sebenarnya serum dan pelembap tu ye? Dan apakah perbezaan mereka?

Okey, sebelum tu cikla nak share secara ringkas apakah itu serum. Untuk pengetahuan korang, serum wajah adalah  sejenis cairan yang bertekstur ringan dan pada biasanya tak mengandungi minyak. Ia jugak dihasilkan daripada molekul yang sangat kecil, supaya ia membenarkan kulit untuk menyerapnya dengan lebih cepat dan dapat masuk dengan mendalam pada kulit.

Namun begitu, pakar dermatologi berpendapat, serum mungkin amat sesuai bagi mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak tapi ia tak semestinya sesuai untuk semua orang. Manakala, pelembap adalah berfungsi untuk menghidrasi kulit kita.  
So, apakah perbezaan antara serum dan pelembap? 
Beza serum dengan pelembap?
Beza serum dengan pelembap? Kredit Google.
1- Selain dari menambahkan tahap lembapan kulit, penggunaan serum jugak sangat penting sebab ia dirumus khas untuk membekalkan nutrien ke dalam lapisan kulit yang tak mampu dicapai dengan hanya mengunakan krim pelembap. 

2- Terdapat pelbagai jenis serum yang kita boleh dapat di pasaran, contohnya serum anti-penuaan, serum pencerah dan termasuklah serum anti-jerawat.

3- Serum digunakan selepas kita menggunakan penyegar (toner) dan sebelum menggunakan krim pelembap.

Beza serum dengan pelembap?
Beza serum dengan pelembap? Kredit Google.

4- Krim pelembap mempunyai saiz molekul yang besar kalau kita bandingkan dengan serum. So, ini bermakna krim pelembap tak mampu menembusi kulit seperti serum.

5- Serum berfungsi membekalkan nutrien manakala krim pelembap pula berfungsi memberikan kelembapan dan menghidratkan kulit kita. 

Moga bermanfaat. 

1 comment:

  1. ramai yang masih tak tahu bezanya kan. Ida bila dah berumur macam ni. Serum memang kena pakai..

    ReplyDelete