'Santai Tapi Sampai'

21 February 2023

Hemithyroidectomy.

Kalau pembedahan hemi thyroidectomy (sebelah kelenjar tiroid), bagaimanakah keadaan pesakit selepas dibedah? Kalau total thyroidectomy (keseluruhan kelenjar tiroid) pesakit akan jadi hypo kan. Kalau hemi thyroidectomy?

Hemithyroidectomy.
Hemithyroidectomy. Kredit Google.

Sebenarnya ia bergantung kepada keadaan, iaitu:

1- Kalau sebelum pembedahan hemi thyroidectomy, pesakit ada Hyperthyroid dan makan ubat, maka selepas pembedahan pesakit kena buat ujian darah untuk menentukan sama ada dia masih Hyperthyroid atau tak.

2- Kalau sebelum pembedahan hemi thyroidectomy, pesakit mempunyai hormon tiroid yang normal, selepas pembedahan, dia tak perlu makan ubat. 

TAPI:

Kalau doktor terpaksa buang terlebih kelenjar tiroid sebab bila dah bedah baru tahu keadaan sebenar kelenjar tiroid tu, maka ujian darah perlu dibuat samada pesakit itu normal atau Hypothyroid. 

So, setiap kali selepas pembedahan, tak kiralah total thyroidectomy atau hemi thyroidectomy, doc akan buat ujian darah. Kalau yang normal, tak akan jadi Hyperthyroid selepas pembedahan. 

Tapi, memang akan ada risiko menjadi Hypothyroid sekiranya terlebih buang kelenjar tiroid. Untuk hemi-thyroidectomy, kalau tak terlebih buang kelenjar tiroid semasa pembedahan, kalau pesakit yang normal, beliau akan bebas Tiroid. 

Kredit grup fb TDA ORI

2 comments:

  1. http://sariyusa.blogspot.com/2023/02/makan-buah-abiu-buah-kristal.html

    ReplyDelete
  2. saya tak familiar sangat berkaitan Hyperthyroid. Moga di beri kesembuhan

    ReplyDelete