Tahukah korang gejala menopause adalah sama seiras dengan simptom-simptom hypertiroid. Kalau korang adalah hypertiroid, korang akan lalui dua simptom serentak, simptom hyper dan simptom menopause. Kalau korang adalah hypotiroid, korang akan lalui tiga simptom serentak, simptom hypo, simptom hyper dan simptom menopause!

Apapun bertabahlah. Walaupun bukan semua simptom-simptom yang korang akan dapat, tapi korang akan berasa perubahan pada diri bermula pada usia 35 tahun. Tapi bukan bermakna korang  akan segera menopause, mungkin dalam masa 5 hingga 10 tahun (atau lebih), barulah korang betul-betul menopause. Cuma gejala menopause (pre-menopause) itu yang akan membuatkan korang sedikit terganggu.

Jangan stress sebab itu semua proses yg mesti dilalui oleh setiap wanita.

Kredit fb tda ORI