Nak tau apa amalan surah pilihan? Mungkin ada yang korang selalu baca.

Ada orang kata, amalan yang kita nampak  sedikit tapi konsisten atau istiqamah diamalkan, inshaAllah akan  lebih disukai dan disayangi Allah berbanding amalan-amalan hebat dan besar tapi kita tak istiqamah. Tak boleh buat semua, jangan  tinggal semua okay? Jom mulakan sekarang. 

1 - Selepas solat Subuh baca surah Yassin. - Dijanjikan apa yang kita kehendaki pada hari itu akan ditunaikan. Wallahua'lam.

2 - Selepas solat Zohor baca Surah Ar-Rahman. - Untuk lahirkan sifat syukur, mengingatkan kita tentang kebesaran Allah SWT dan segala nikmat yang telah Dia berikan kepada kita.

3 - Selepas solat asar, baca surah An- Naba' - Allah SWT akan mengampunkan segala dosa kita kecuali dosa syirik.

4 - Selepas solat Maghrib baca surah Al-Waqiah. - Dijanjikan siapa yang amalkan baca, kemiskinan dan kebuluran tidak akan dihadapinya, Wallahua'lam.

5 - Selepas solat isyak baca surah Al-Mulk dan As-Sajdah. - Untuk menghindari diri daripada seksa kubur. Rasulullah SAW tak akan tidur selagi 2 surah ini tidak di baca. 

6 - Pada malam atau hari Jumaat, baca surah Al Kahfi. - Untuk elak dan selamat daripada fitnah Dajjal.

7 - Sebelum tidur baca ayat Kursi. Untuk lindungi dan memagar diri daripada gangguan kejahatan dan juga baca surah Al- ikhlas 3 kali. - Orang yang membacanya ibarat telah khatam 30 juzuk AlQuran, jika dibaca setiap hari, umpama setiap hari juga kita khatam Quran.

Moga bermanfaat. 

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (304) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (450) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews