Keutamaan tawakal.

Setiap Mukmin hendaklah bertawakal kepada Allah SWT sebagaimana sifat seekor burung walaupun tidak diberikan akal tetapi ia tidak duduk diam sahaja disarangnya. Ia akan keluar untuk mencari rezeki (berusaha) dan pulang dengan perut yang penuh dengan makanan kerana yakin bahawa yang memberi rezeki adalah Allah SWT. 

Tawakal mesti didahulukan dengan usaha dan ikhtiar. Bukan semata-mata menyerahkan kepada Allah tanpa usaha dan ikhtiar. Contohnya dalam soal mencari rezeki. Kita menyerahkan segalanya kepada Allah namun dengan usaha dan ikhtiar yang bersungguh-sungguh dari kita. Sifat tawakal akan terhasil apabila adanya sifat khauf (takut) hanya kepada Allah SWT yang disertai keyakinan yang jitu dalam setiap waktu dan keadaan kerana hakikat sebenar tawakal adalah dengan mengambil sebab-sebab dan usaha. 

Seseorang akan dimasukkan ke dalam syurga dengan sebab tawakalnya yang penuh dengan sifat keimanan dan khauf (takut) kepada Allah SWT. Ayuh, jadilah seperti burung yang memiliki hati penuh keyakinan. Yakin bahawa apabila keluar dari sarang, rezeki baginya tetap ada. Yakin setiap musibah itu datang dari Allah. Jika Allah tidak izin terkena pada kita dengan usaha dan ikhtiar kita, In sha Allah kita tetap akan terhindar.

Kredit Perkongsian 1 Hari 1 Hadis. 

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (304) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (450) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews