Berpandukan kepada petikan komen Prof. Rohaizak Muhammad yang berbunyi; 

"Dalam penyakit tiroid, takde doktor pakar yang akan mengesyorkan apa-apa supplement sebab tiada kajian saintifik atau bukti yang jelas. Saya lebih mencadangkan untuk MENGELAKKAN sebarang supplement sebab bimbang ia akan berinteraksi dengan ubat yang diambil dan menyukarkan pemantauan."

Supplement vs pesakit tiroid.
Supplement vs pesakit tiroid. Kredit Pinterest

So, sudah terang lagi bersuluh kan mengapa kita, terutamanya pesakit tiroid tak digalakkan mengambil supplement. 

Mungkin setiap orang lain pendapat memasing, tapi tolong ambil kisah apa yang masuk ke dalam badan kita. 

Jangan disebabkan kita tengok orang tu ok ambil supplement tu, kita pun terus nak ambil jugak. Elok-elok hormon dah cantik cun melecun, tak pasal-pasal jadi caca marba. 

Pening. Memang cari pasal namanya tu. 

Kredit grup TDA ORI