Bagi cikla, menjaga hubungan khasnya dalam rumahtangga banyak cabarannya. Tipulah kata kalau tak dilanda ujian. Namun, tak dinafikan juga ada yang rumahtangganya sentiasa harmoni dan bahagia je sejak dari awal perkahwinan sampailah sekarang. Apa rahsia mereka agaknya ye? 

Kalau korang nak tau, salah satunya adalah suami isteri jangan berhenti bercinta dalam menjalani rumah tangga. Jom kita cuba amalkan ini sama-sama.

Khas untuk pasangan suami isteri: Jangan berhenti bercinta.
Khas untuk pasangan suami isteri: Jangan berhenti bercinta. Kredit Google.

1. Tidur satu selimut.

2. Minum dari gelas yang sama.

3. Suami sering mencium isteri. Hati isteri akan jadi lebih lembut dan mendengar kata.

4. Mandi bersama-sama. Kebersihan lebih terjaga. Mandi bersama bukanlah hal yang perlu dimalukan dalam rumahtangga.

5. Suami bantu isteri buat pekerjaan rumah. Kalau tak larat sangat, bantu buang sampah dan kutip baju di ampaian pun dah ok sangat.

6. Belai isteri sebelum tidur.

7. Tetap romantis walaupun isteri sedang haid. Rasulullah pernah tidur di pangkuan Aisyah ketika Aishah sedang haid.

8. Beri hadiah pada pasangan. Suami beri pada isteri, isteri beri pada suami.

9. Membawa isteri jalan-jalan untuk ketenangan. Duduk di rumah menjalani rutin yang sama berhari-hari menyebabkan isteri tekanan.

10. Pesan pada diri rumahtangga yang didirikan adalah untuk beribadah. Jadikan pasangan sebagai ladang kumpul pahala.

Cikla doakan moga korang semua akan kekal bersama pasangan masing-masing hingga ke Syurga. Aamiin.

Kredit : Kelab Wanita Ibu Isteri Malaysia