Siapa ada masalah lingkaran hitam kat bawah mata atau panda eyes? Adakalanya, benda ni boleh pengaruhi penampilan kita kan. Ada orang terpaksa mekap tebal sikit untuk tutup masalah ni.
Sebenarnya, panda eyes ni jadi disebabkan beberapa punca, iaitu tak cukup tidur, kurang minum air putih, kesan kotoran bahan mekap yang tak dibersih sebaiknya dan rupanya disebabkan keturunan jugak. Ohhh, cikla pun baru tau yang ni.
Beberapa cara menangani ni biasanya minum air putih secukupnya, dapatkan tidur yang cukup. Pastu, elak menghadap cahaya telefon atau laptop 30 minit sebelum tidur dan kurangkan pengambilan makanan manis.
Namun, ada cara alami yang juga boleh bantu kurangkan panda eyes ni, iaitu:
1) Uncang teh yang telah digunakan. - Ambil dan tekap uncang teh tu selamat 15 minit kat area mata. Biar seketika pastu bilas dengan air bersih. Buat setiap hari sampai lingkaran gelap tu berkurang.
2) Timun. - Potong timun bulat-bulat dan cuci bersih, then tekap selama 15 hingga 30 minit setiap hari. Pastu, bilas.
3) Sudu besi. - Letak sudu besi semalaman dalam peti sejuk, then keesokkan paginya, ambil dan tekap pada kawasan mata yang gelap. Lakukan beberapa minit.
4) Ais. - Oleskan ais di kawasan yang hitam, buatlah sekerapnya. Korang tau tak, agen penyejuk yang dibawa oleh ais dapat mengurangkan lingkaran gelap bawah mata.
Selamat mencuba.
Bahan dan barangan yang senang untuk didapati.. boleh la try nanti, mata sy nie mmg mcm panda dah😂🤣 terima kasih kongsi info..
ReplyDeletehai shikin. apa khabar?
Deletetry la mana tau jadi kat awak kan?