Selamat pagi sahabat hebat.

Ada dua pilihan hidup di pagi hari. Kembali tidur untuk melanjutkan mimpi, atau bangun tidur untuk mewujudkan mimpi. Perbanyakkan zikir, istighfar dan selawat InshaAllah dimudahkan segala urusannya dan ditenangkan hatinya. 

Kekuatan manusia itu pada hatinya. Dan hati manusia itu milik Allah. Bilamana ada Allah di dalam hatinya, maka kuatlah hatinya. 

Selamat pagi sahabat hebat.
Selamat pagi sahabat hebat. 

Jangan pernah kesal mengenali sesiapa pun dalam hidup kita. Orang yang baik akan memberimu kebahagiaan. Orang yang buruk akan memberimu pengalaman. Orang yang jahat akan memberimu pengajaran. Kesemua mereka mengajar kita untuk menjadi seorang insan. 

Di mana ada ujian, di situ Allah akan buka jalan. Di mana ada kebaikan, di situ ada keberkatan. Di mana ada kesabaran, di situ ada kemudahan. Di mana ada iman, di situ ada rahmat Allah. Di mana ada doa, di situ Allah akan permudahkan. Aamiin. 

Carilah diri itu di sebalik kekurangan. Hiasilah diri itu dengan keimanan. Dan syukurlah pemberian itu dengan keikhlasan bukan berbangga dengan kelebihan yang dipinjamkan. 

Selamat pagi sahabat hebat.
Selamat pagi sahabat hebat. 

Bersyukurlah jika Allah memberimu ujian hidup sebab dengan demikian Allah memberimu kesempatan untuk berubah menjadi manusia yang lebih baik.  

Jika yang meminta maaf itu emas, yang memberi maaf itu berlian. Allah tak janji hidup ni mudah. Tapi Allah jamin bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan. 

"Ya Allah, berkatilah kehidupan kami di hari ini. Limpahilah harta dan rezeki halal dariMu agar kami terhindar dari apapun yang haram dan bukan milik kami. Aamiin."

Kredit : penulis asal. 

2 comments:

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (448) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews