Apa 13 perkara yang perlu dijaga oleh seorang wanita muslimah?

By Cikla Shahril - April 12, 2022

Cikla yakin semua wanita Dan cikla sendiri nak jadi seorang muslimah yang baik dan disayangi Allah. Namun, adakah kita bersedia dengan 'syarat' yang membolehkan kita menjadi seperti yang kita mahukan? Hurmm, tepuk dada tanya hati. Semuanya pilihan di tangan kita. So, nak tau tak apa perkara yang perlu dijaga oleh seorang wanita muslimah? Jom baca ni.

Apa 13 perkara yang perlu dijaga oleh seorang wanita muslimah?
Apa 13 perkara yang perlu dijaga oleh seorang wanita muslimah? 

1. Bulu kening atau alis.

"Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." (HR. Abu Daud)

2. Kaki dan menampakkan perhiasan.

"Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki atau mengangkatnya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (Petikan dari surah An-Nur ayat 31)

Keterangan : 
Menampakkan kaki dan menghayunkannya/ mengikut hentakan kaki terutama pada mereka yang mengikatnya dengan loceng, sama juga dengan pelacur di zaman jahiliyah.

3. Wewangian.

"Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dari tiap-tiap mata yang ada." (HR. Nasai)

4. Dada.

"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kerudung hingga menutupi bagian depan dada-dada mereka." (QS. An-Nur Ayat 31)

5. Gigi.

"Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya." (HR. At-Thabrani)

6. Muka dan leher.

"Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahiliah dahulu.
keterangan bersolek (make-up) dan menurut maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang jahiliah."

7. Pakaian yang tipis.

Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah : "Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menampakkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (HR. Muslim dan Bukhari).

8. Tangan.

"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenisnya yang tidak halal baginya." (HR. Tabrani dan Baihaqi)

9. Mata.

"Dan katakanlah kepada perempuan mu’min hendaklah mereka menundukkan sebagian dari pandangannya." (Surah An-Nur ayat 31)

Sabda Nabi Muhammad SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu megikuti pandangan yang lain. Kamu hanya boleh pandangan pertama saja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram." (HR. Ahmad, Abu Daud dan Tarmizi)

10. Mulut (suara).

"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang ada yang perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik." (Petikan Surah Al-Ahzab ayat 32)

Sabda Rasulullah SAW, "Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi."(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan.

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mu’min, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka." (Petikan dari Surah An-Nur ayat 31)

"Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga dari pada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (HR. Al-Bazar)

"Tiada seorang perempuan pun membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." (Petikan HR. Tirmizi, Abu daud dan Ibn Majah)

12. Pakaian.

"Barang siapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." (Petikan HR. Abu Daud, An-Nasaii dan Ibn Majah)

Petikan dari surah Al-Ahzab ayat 59 bermaksud, "Hai nabi-nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuan dan kepada istri-istri orang mu’min, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali lantaran itu mereka tidak di ganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang."

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya." (Petikan HR. Bukhari Muslim)

Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis atau jarang, ketat atau membentuk tubuh dan membelah atau membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut.

"Wahai anakku Fatimah! Ada pun perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mau menutup rambutnya dari pada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." (Petikan dari HR. Bukhari Muslim)

Wallahu A'laam

Kredit telegram pesan bonda (penulis asal).

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments