Cikla ni boleh dikatakan 'hantu' ulam gak laa. Kalau makan tu, sebolehnya mesti ada ulam. Baru selera bertambah. Hihi. Sesilap haribulan bertambah nasi berpinggan-pinggan. Keh.
Korang tau tak, ada orang cakap nak awet muda senang je. Makan ulam bebanyak. Betul ke tidak tu? Tapi macam betul gak la. Sebab, tengok mak mak tok nek kita.
Kebanyakan dari mereka menten muda, sihat lagi. Masih boleh buat kerja yang orang muda buat. Ada yang masih gagah perkasa lagi. Kalah orang muda. Hihi.
Cuba korang tanya rahsia diaorang yang dah berusia ni tapi nampak awet muda. Mesti salah satu jawapan diaorang adalah amalan mereka adalah suka makan ulam atau sayur. Betul tak?
Amalan mereka itu pulak bukan mereka buat sehari dua tau, tapi selalunya sejak zaman muda lagi. Zaman berzaman kata orang. Dah sebati dalam diri. Jadi kebiasaan dah.
Ulam ni sebenarnya bukan sekadar melancarkan proses penghadaman dan pencernaan kita je tau, tapi ia sangat berkat rapat dengan kesihatan serta kecantikan kulit wajah gak tau.
Kalau korang nak tau, kebanyakan sayur dan ulaman ni mengandungi vitamin C yang penting untuk penghasilan kolegan. Kolegan pulak penting untuk menjadikan kulit lebih elastik dan mengurangkan kedutan di wajah.
Kalau korang nak tau, kebanyakan sayur dan ulaman ni mengandungi vitamin C yang penting untuk penghasilan kolegan. Kolegan pulak penting untuk menjadikan kulit lebih elastik dan mengurangkan kedutan di wajah.
Selain itu, kebanyakan sayuran termasuk ulama jugak mengandungi karotenoid seperti beta karotin yang mana ia berfungsi melindungi kulit dari kesan sinar matahari dan radikal bebas. Kesan inilah yang menjadi punca berlakunya penuaan kulit.
Makan ulam kalau nak awet muda? Wow, bestnya. Gambar diubahsuai dari carian Google. |
Pegaga.
Ulam yang paling mudah didapati dan diamalkan. Ia biasa dijadikan jus atau kerabu. Ada juga yang mengamalkan meminum rebusan pegaga yang dikatakan boleh menaikkan seri wajah. Makan me tah gitu pun boleh.
Ulam raja.
Selalunya boleh terus dimakan mentah selepas dicuci bersih. Ada yang mengatakan ia sangat elok diamalkan oleh ibu berpantang. Antara khasiat ulam raja adalah ia dikatakan boleh membantu meremajakan kulit. Bestnya!
Jantung pisang.
Perlu dicelur atau direbus dulu sebelum dimakan. Tak boleh di makan mentah tau. Haha. Jangan korang bedal pulak mementah kang. Habis bergetah mulut. Keh. Jantung pisang dikatakan mengandungi serat yang tinggi dan boleh mengelakkan sembelit.
Daun selom.
Rupa dia macam pegaga. Kalau dekat kedai makan banyak lah. Senang jumpa. Daun selom dikatakan kaya dengan pelbagai nutrien seperti kalsium dan vitamin C.
Kacang botor atau kelisa.
Boleh dimakan mentah atau dimasak. Kalau cikla, lagi suka buat kerabu. Tapi, kena pilih yang muda lah sebab lebih fresh dan sedap. Ia jugak kaya dengan dengan protein dan mineral.
Timun.
Kalau cikla sila lagi timun Jepun. Lagi sedap. Rangup. Kruupp krappp bila kunyah. Makan gitu pun sedap. Yang bestnya ia boleh dimakan dengan apa jugak menu. Timun dikatakan dapat mengatasi masalah sembelit dan gastrik.
Petai.
Wah, ini antara ulam yang menjadi kegemaran ramai. Tak kisahlah bau petai tu agak kurang menyenangkan, tapi khasiatnya memang banyak.
Antaranya, ia kaya dengan sumber antioksidan dan serat. Yang bestnya, ia boleh dimakan sama ada mentah, direbus atau dibakar tapi kalau nak sedap lagi, dimasak sambal. Wallaaaa.
Cekur.
Ulam yang selalu digunakan oleh mak dalam pantang sebab ia dikatakan boleh mengecutkan rahim dan membuang angin.
Bendi rebus.
Dikatakan boleh menguatkan ingatan dan kecergasan memori selain dari awet muda. Ia juga adalah sumber makanan yang baik untuk mereka yang mengalami masalah sembelit, merawat ulser, mengurangkan darah haid berlebihan, meningkatkan kesuburan, melegakan bengkak dan radang.
Banyak lagi sebenarnya ulaman yang lain yang boleh diamalkan. Tapi, apa yang penting sebaiknya dapatkan nasihat doktor dululah dan amalkan secara sederhana. Itu yang terbaik.
Kredit Group Telegram PetuaDanKesihatan.
Ulam raja is the best of the best... Saya memang ada tanam kat blakang rumah nie.. jiran-jiran pun selalu jugak kutip untuk dibuat ulam..
ReplyDeleteSelalu makan ulam raja je. Kalau bendi pulak cicah sambal belacan. Peh.. 😎
ReplyDeleteSetuju sgt. makan ulaman ni awet muda luar dan dalam, lebih kuat walaupun dah berusia :D
ReplyDeletefaberet tu!! only kebelakangan ni yang jarang sebab belacan dah abis. ni nasib musim bubuk tuk buat belacan dah datang dan dah beli pun. pastu sambung hobi berulam balik :)
ReplyDeletehuhu lepas ni kena rajin makan ulam
ReplyDeletebtw. anda dijemput join GA saya,
ReplyDeletehttps://www.astraveller.com/2019/02/doodle-planner-2019-giveaway.html
TQ :D
Kunjungi Juga Blog Aku Ya Di:
ReplyDeletewww.iyablog.com
Om pun makan ulam jugak, kalau xde mcam tak best je.
ReplyDeleteulam2an ni memang feveret aida dgn asben la, cikla.
ReplyDeletekalau ke kedai makan, sepinggan mesti ulam2an & sambal belacan.
yg paling biasa adalah jantung pisang, timun, kcg botol, ulam raja...
ni kalau kat pasar mlm pun, mesti beli seikat dua.
memang betul pun.. Abah sha amalkan makan ulam selalu sampai sekarang..
ReplyDelete