Sekarang dah tiba pulak musim keputusan peperiksaan diumumkan. Bermula dengan SRA, lepas tu UPSR kemudian PT3, SPM dan STPM.
Mungkin ada yang mendapat keputusan yang baik dan cemerlang, tapi mungkin jugak ada yang memperolehi keputusan sebaliknya. Ibu bapa mana yang tak happy kalau anak mereka dapat keputusan cemerlang kan. Betul?
Kalau orang bertanya tentang keputusan anak pun dengan bangganya kita bagitau. Tapi, macam mana pulak kalau orang bertanya, tapi keputusannya tidak membanggakan.
So, sebenarnya ada beberapa adab sepatutnya dipatuhi di kala musim menerima keputusan peperiksaan ini. *aik? ada adab jugak ke? Ishhh, mestilah ada.
Kalau nak tanya pasal keputusan anak kawan, sekali tanya cukuplah. Kalau dia jawab, "cukup makan" atau "biasa biasa je" tak payahlah nak ulangi soalan yang sama banyak kali, konon-konon nak dapatkan kepastian yang lebih detail. Tanya lebih lebih nak tolong tambah markah ke? No no no.
Tolonglah jaga sensitiviti kawan tu. Lagipun, itu hak dia kan kalau setakat tu je dia nak berkongsi dengan kita. Tak payahlah nak desak lebih lebih nak tau banyak banyak.
Tolonglah jaga sensitiviti kawan tu. Lagipun, itu hak dia kan kalau setakat tu je dia nak berkongsi dengan kita. Tak payahlah nak desak lebih lebih nak tau banyak banyak.
Apa yang tak best dan amat sedih adalah, ada gak orang yang nak sangat tahu tentang kekurangan keputusan anak kawan. Sebab apa?
Sebabnya nanti dia nak ceritakan pulak dengan orang lain. Dan yang tak bestnya lagi, mulalah dia menokok tambah cerita, dah jadi modal mengumpat pulak. Aduhaiii lahhh. Huhu.
Kalau kat dalam group pulak, janganlah puji lebih-lebih pada mereka yang anaknya berjaya. Siap ada yang puji "emak bapaknya bagus itu sebab keputusan anaknya bagus".
Kalau itulah ayat yang dikatakan, macam mana pulak dengan perasaan ibu bapa lain dalam group yang anaknya kurang berjaya atau tidak berjaya langsung? Adakah sebab ibu bapanya tidak bagus, maka keputusan anaknya tidak bagus?
Dah tentu tentu mereka sedih. Lagipun, hal ni adalah satu ujian, bukannya satu pembalasan.
Khas untuk ibubapa; Adab ketika menerima keputusan peperiksaan anak. |
Peringatan ini tegas untuk si penyoal yang suka bertanya tanpa ikhlas, boleh dikategorikan sebagai penyibuk. Ingatlah yang kita jugak ada anak. Anak kita jugak akan memperolehi keputusan peperiksaan.
Suatu hari nanti kita jugak akan hadapi perkara macam itu. Belum tentu anak kita semuanya bijak pandai, walaupun kita rasa kita adalah orang yang pandai.
Untuk menanyakan keputusan anak orang lain itu beragak-agak dan berpada-padalah. Apa yang penting, jangan paksa orang bagi jawapan yang panjang lebar.
Untuk menanyakan keputusan anak orang lain itu beragak-agak dan berpada-padalah. Apa yang penting, jangan paksa orang bagi jawapan yang panjang lebar.
Kalau orang itu menjawab anaknya cuma dapat keputusan yang biasa biasa aje, jangan pulak tanya, "sains dapat berapa?", "math dapat berapa?". Stop to ask!
Bukan apa, nanti kalau bertemu buku dengan ruas, silap silap haribulan mahu berkudapkan selipar. Hahaha. Jadilah orang yang bermulut mulia, bukannya orang yang tak bermulut longkang, dan berhati perut hijau.
Bukan apa, nanti kalau bertemu buku dengan ruas, silap silap haribulan mahu berkudapkan selipar. Hahaha. Jadilah orang yang bermulut mulia, bukannya orang yang tak bermulut longkang, dan berhati perut hijau.
Kalau kawan kita itu ikhlas nak bagitau keputusan anaknya tak bagus, janganlah kita pulak dengan sengaja bercerita, bergosip dan sampaikan pada orang lain. Sebab hal ini mugkin tak disenangi oleh kawan kita tadi.
Kalau kawan kita tadi anaknya mempunyai keputusan yang bagus, bolehlah kita share dengan orang lain sebagai tanda tumpang gembira.
Ingatlah. Orang cakap hidup ini umpama roda. Mungkin hari ini kita happy dengan keputusan anak kita, tapi mungkin jugak esok lusa tak tentu lagi kan. Betul tak?
Mungkin hari ni kita gebang akan kekurangan orang lain, tapi tak mustahil esok lusa Allah SWT paparkan pulak semua kekurangan kita.
Untuk peringatan sesama kita, mulut dan hati perut manusia lain-lain. So, berhati-hatilah. Waallahualam.
Sumber : WhatsApp Group.
nice sharing !! agree :) hidup macam roda kadang dia tasa kadang do bawah..lumrah kehidupan
ReplyDeletebetul tu... hidup mcm roda... tak selamanya kita di atas kan..
DeleteBtol tu cikla. Prasaan org lain pn kne jaga jugak. Lgpon bru upsr. Pnjg lg ank nk kne tempuh kejayaan. Hr ni mmg brjya esk lusa blm tntu. Mrendah diri tu lbh bgus :)
ReplyDeletesetuju.. merendah diri lebih baik .... pjg lg masa kan.. apa yg berlaku di masa depan kita x tau lg...
DeleteDengan perkenaan SAPS ibu bapa, skrg ibu bapa boleh tau markah peperiksaan anak2 mereka secara online. Mereka boleh semak apa subjek yg anak2 mereka perlu dipertingkatkan dan ambil langkah yang diperlukan. Maka ini dah byk senangkan ibu bapa.
ReplyDelete