Advertisement

Drama slot Samarinda TV3, Umairah episod akhir malam ni.

DRAMA SLOT SAMARINDA TV3, UMAIRAH EPISOD AKHIR MALAM NI. Actually, sebelum ni masa mula-mula drama ni ditayangkan cikla tak tengok sangat. Maklumlah kan, masa drama ni bersiaran pun agak lambat, pukul 10 malam sebab cikla ni kadang-kadang memang terlelap sekali bila tidurkan baby Zara. *dengan ibunya sekali belayar... hehe. Cikla memang tak miss tengok drama ni since minggu lepas. Lepas tu, memang tak miss. Sebab, setiap babak tu membuatkan kita rasa nak tengok lagi apa yang berlaku seterusnya. Makin lama, macam makin suspen pulak kan. 

Malam ni dah sampai episod akhir pun. Aiseh, apalah sudahnya kan. Tapi yang pastinya Umairah dengan Shahrizal bukan adik beradik. So, perkahwinan mereka sah. Lagipun, Umairah dah pregnant pun kan. Jadi, macam lagi rumit je kisah mereka ni. Lagi satu, misteri siapakah dalang di sebalik kejadian Sab, adik Umairah diketuk dikepala sampai koma dan siapakah bapa kandung Shahrizal. Memang kita dah dapat agak kan based pada episode hari Rabu lepas, tapi still curious nak tau jugak what happening next, betul tak?

Drama slot Samarinda TV3, Umairah episod akhir malam ni.

Apa kata kita baca sikit sinopsis drama ni. Sumber SINI.

Pelakon :
Lufya Omar sebagai Umairah.
Amar Asyraf sebagai Shahrizal.
Shah Iskandar sebagai Adam.
Dilla Ahmad sebagai mak Shahrizal.
Shiqin Kamal sebagai Nadia. 
Octovia Manrose sebagai Sabrina.

Sinopsis : 
Drama ni mengisahkan mengenai seorang wanita bernama Puteri Nur Umairah Dato' Amir, juga merupakan anak sulung kepada seorang jutawan dan usahawan terkenal iaitu Dato’ Amir yang juga pemilik syarikat perkapalan terkemuka negara, Garuda Global. Ibunya Datin Sumaiyyah telah meninggal dunia semasa melahirkan adiknya, Puteri Nur Sabrina. Umairah dan Sabrina dibesarkan oleh papa mereka, Dato’ Amir dan pembantu rumah mereka yang dikenali sebagai Tokma. Kelakuan dan sifat Umairah dan Sabrina amat berbeza, yang Umairah adalah seorang gadis yang lemah lembut dan bersopan santun serta penyabar.

Manakala, adiknya Sabrina pula seorang yang agak kasar kelakuannya, suka memberontak dan lebih agresif. Namun, dia sangat rapat dan sayangkan kakaknya. Umairah, seorang sabar dan tabah dalam menghadapi pelbagai ujian. Bagaimana dia mencari kebenaran di atas apa yang terjadi pada adiknya Puteri Nur Sabrina? Bagaimana dia bangkit dari kekecewaan apabila melihat cinta hatinya Adam berkahwin dengan orang lain? Malah dirinya sendiri telah dijodohkan dengan orang kepercayaan ayahnya iaitu Shahrizal. Siapakah Shahrizal ni sebenarnya?

Itulah yang menjadi misteri dan apakah sebenarnya niat sebenar Shahrizal? Wah, suspen kan. Heehee. Takpelah, kita tunggu malam kang, pukul 10 semuanya akan terjawab...

Post a Comment

8 Comments

  1. Alahai..PC tak dapat tengok..takut nak hidupkan tv..hujan hujan ada guruh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe PC. Boleh tgk kt YouTube... Hihi... takpun kt tonton..

      Delete
  2. sy pun suka tgk drama umairah ni..blh tahan best juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... tp ending nya mmg tak di sangka sangka...

      Delete
  3. huwaa..termiss minggu akhir umairah. sobss. Best citer ni.

    ReplyDelete
  4. Da nk abis ke.. Hihihihi.. X pnh follow drama ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah... Oklah drama skng episode sikit sikit. Kalau pjg2 penonton je bosan lak... hihi

      Delete