Datuk Siti Nurhaliza, duta telefon pintar Vivo V5 Perfect Selfie.

By Cikla Shahril - November 30, 2016

Cikla rasa memang dah terlalu banyak model telefon pintar di pasaran hari ini. Betul tak? Macam-macam brand ada, dengan Samsung, Huawei, Lenovo, Asus. Dan, yang paling terbaru cikla rasa telefon pintar model Vivo V5.

Ia baru saja dilancarkan, dan penjualannya dijangka mampu mencapai 85 juta unit di seluruh dunia penghujung tahun ni. 

Kalau korang nak tau, Datuk Siti Nurhaliza telah dilantik sebagai duta produk bagi mempromosikan telefon pintar ni. Patutlah hari tu cikla ada tengok iklan telefon ni, lepas tu ada Datuk Siti, duta rupanya. 

Datuk Siti Nurhaliza, duta telefon pintar Vivo V5 Perfect Selfie.
Datuk Siti Nurhaliza, duta telefon pintar Vivo V5 Perfect Selfie. Telefon pintar Vivo V5. Sumber SINI.

Ermm, apa pulak 'kelebihan' telefon ni kalau nak dibandingkan dengan telefon pintar yang lain? Mestilah ada kelainan kan, sebab kelainan inilah yang akan menjadi daya penarik orang untuk memilikinya. 

Zaman sekarang ni orang memang suka selfie kan. Tak kiralah kat mana aje, even kat dalam tandas pun selfie jugak. Hahaha. So, pada yang suka sangat ber'selfie' tu, cikla rasa elok korang ada telefon ni sebijik.

Pasal apa?

Pasal, telefon Vivo V5 ni mempunyai kamera selfie (kamera depan 20MP) yang mana dia berfungsi cahaya lembut dan software fotografi terbaik untuk mereka yang mahukan swafoto yang perfect, tak kiralah korang amik gambar tu dekat tempat yang gelap dan kurang pencahayaan. 

Selain itu, ia juga turut dilengkapi dengan kamera belakang 13 MP, ciri ciri Face Beauty Mode 6.0 supaya imej yang diambil lebih cantik dan look natural. 

Skrin telefonnya pulak bersaiz 5.5 inci yang mana ia menggunakan kaca lengkung 2.5D Corning Gorilla yang pasti akan membuatkan paparan yang terhasil lebih terang. 

Di samping itu, ia juga dipasang dengan sistem prosesan Octa-core 1.5GHz 64-bit bersama 4GB RAM dan 32GB storan dalaman, sistem Android 6.0 Marshmallow, sensor cap jari, sistem muzik Hi-Fi vivo, Smart Split 2.0 dan Eye Protection Mode. 

Baterinya pulak adalah 3000mAh. Storan dalamannya boleh ditingkatkan sehingga 126GB menggunakan kad SD.

Telefon pintar Vivo V5 'Perfect Selfie' ni dijual dengan harga RM1,299 dan terdapat dalam dua pilihan warna iaitu gold rose dan gold. 

So, kalau korang ingin memiliki telefon pintar ni, boleh pergi usha usha di kedai telefon berdekatan.

Tapi, bagi yang berkemampuanlah. Ingat tu, jangan membazir. Kalau cikla, tak mampu kot. 

Lagipun cikla bukanlah kaki selfie, huahuahua. Korang boleh klik SINI kalau nak usha telefon ni dan telefon lain pun ada jugak.

Just sharing.

Sumber : SINAR HARIAN.

  • Share:

You Might Also Like

8 Comments

  1. pernah dgr jugak vivo v5 untk kaki selfie, tak pernah cuba lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada budget lebih rasa mmg nk beli je ni.. Hihi..

      Delete
  2. Blh try ni, nama lbh kurang mcm viva

    ReplyDelete
  3. huhuhuhu.. ramai org minat vivo ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaki selfie confirm suka telefon ni... Hihi...

      Delete
  4. Pergh!! Sakan selfie nie kalau dapat hp nie..

    ReplyDelete