Realitinya memang wujud keadaan macam dalam cerita drama terbaru slot Samarinda kat tv3 tu, Lara Cinta Ameena.
Pergolakan dalam keluarga, bermula dari anak berkawan dan berkahwin dengan 'orang kebanyakan' sedangkan dia berasal dari keluarga 'orang ada ada'. Huishhh, memang tragis sungguh cerita ni.
Honestly, episode awal memang cikla tak tengok betul-betul. Tapi, since semalam memang cikla tengok dari start sampai habis. Aihhh, memang menyiraplah tengok cerita ni.
Salute lah dekat para pelakonnya. sebab memang si pelakon berjaya membawa watak dengan baik sampai penonton semua emosi menengoknya.
Sepanjang tengok cerita tu, cikla memang geram je. Geram dengan mak mertua yang berusaha nak meruntuhkan rumah tangga anak sendiri.
Yang geramnya, talam 14 muka, depan anak menantu bermuka muka konon konon terima dan merestui.
Tapi, hakikatnya dia dah rancang sesuatu yang dashyat. Sanggup meruntuhkan masjid anak sendiri. Realiti kot ada orang camni. Kalau dulu-dulu, filem P.Ramlee ibu mertuaku. Cerita tu pun 2x5, 5x2 macam cerita ni, huhu.
Yang cikla lagi geram, si suami tu pulak main percaya je tak nak siasat dulu betul ke tak. Kadang-kadang orang educate ni pun tak reti nak guna rasional dan akal yang waras bila berhadapan dengan masalah.
Dah terang-terang mak awak tu tak suka bini awak tu, tak kan tak syak apa-apa.
Huishhhh. Ohhh mak kan, tak kan sanggup buat macam tu. Episode malam ni entah apa kisahnya pulak. Tak sabar pulak nak tau sambung. Kesian Ameena. Apa kata kita baca sikit sinopsis drama ni. (Sumber SINI)
Huishhhh. Ohhh mak kan, tak kan sanggup buat macam tu. Episode malam ni entah apa kisahnya pulak. Tak sabar pulak nak tau sambung. Kesian Ameena. Apa kata kita baca sikit sinopsis drama ni. (Sumber SINI)
Lara Cinta Ameena, cerita mak mertua kaya tak suka menantu miskin. Sumber SINI. |
Drama : Lara Cinta Ameena. (15 episod).
Pengarah : Shuhaimi Lua.
Terbitan : Tanah Beris Film Production Sdn Bhd.
Pelakon : Tiz Zaqyah sebagai Ameena, Raja Afiq sebagai Radhuan, Fazlina Ahmad Daud sebagai Pn. Kirana, Zarina Zanoordin sebagai Ezzaty.
Sinopsis Drama :
Drama ini mengisahkan tentang seorang gadis yatim piatu, Ameena yang telah berkahwin dengan Radhuan, seorang anak orang berada.
Perhubungan mereka sering bermasalah kerana tidak dipersetujui oleh ibu Radhuan, Pn. Kirana. Konflik rumahtangga tercetus akibat campur tangan ibu Radhuan yang bertindak melakukan sesuatu untuk memisahkan mereka berdua.
Apa akan terjadi kepada rumahtangga Ameena dan Radhuan? Adakah akan ada sinar bahagia atau rumah tangga yang dibina akan berkecai akhirnya?
Aish, nak agak pun panjang lagi kisah cerita ni. Apalah sudahnya kan. Mujurlah drama ni tak banyak episodnya. Takdelah jenuh nak tunggu ending.
macam menarik juga drama ni...tapi masa tayangannya sama plak dengan drama Isteri Tuan Ihsan..huhuhu..kedua-dua drama ni saya nak tengok..tkpa nanti tengok online la yang mana tak sempat tengok kan
ReplyDeleteDrama bru lagi ka??
ReplyDeleteamboih cikla emosi nau..nau..hahaa..
ReplyDeletemek tk tgk yg ni. mek tgk tuan ihsan je :)
ReplyDelete