Aisehhh, tak habis-habis lagi ke cerita si Buntat ni? Ayooyoo, dah femes kot si Buntat ni. Masa scene watak si Buntat ni meninggal sebab selamatkan Mia dari si Khalil tu, memang trending terus si Buntat ni. 

Siapa si Buntat ni? Si Buntat ni merupakan salah satu watak dalam drama slot akasia tv3, 7 hari mencintaiku tu.

Jom kita baca dulu sedikit biodata watak si Buntat ni. (Sumber SINI).

Nama penuh: Mohd Ariff.
Umur: 12 tahun.
Drama: 7 Hari Mencintaiku.
Filem: Jibam (2017).
Asal : Jitra Kedah.
Status: Anak kepada tauke roti canai Pak Mutalib Jitra.
Pendidikan terkini: Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra.
Kelas: 6 Teratai (2016).

Pendapat cikla, memang berbakat adik Ariff ni. Watak si Buntat lakonannya memang berjaya membuat semua peminat drama 7 hari mencintaiku ni menitiskan air mata lebih lebih lagi masa si Buntat didera oleh abang angkatnya, dan masa dia nak menyelamatkan Mia.

Tengok tu, walaupun si Buntat tu 'macam' tu, orang tak suka dia tapi dia masih nak menyelamatkan orang yang tak pernah sukakan dia sampaikan terkorban nyawanya. So sad.

Tapi, cuba korang baca ni.

kisah si buntat, adik mohd ariff
Siapa Buntat?

Ini.....

kisah si buntat, adik mohd ariff
Siapa Buntat?

Dan Ini...

kisah si buntat, adik mohd ariff
Siapa Buntat?

Sumber HMetro Online.

..........

Rupanya memang Buntat aka adik Ariff ni seorang kanak-kanak yang special

Cikla harap, semua orang yang menonton drama ni, lebih-lebih lagi babak si Buntat ni memberi pengajaran dan menyedarkan kita dalam cara sesetengah orang 'melayan' kanak kanak istimewa macam Buntat ni. 

Mereka pun manusia yang layak mendapat kasih sayang dan layanan sewajarnya.

Itu je nak cerita.