Advertisement

Kebaikan buah delima kepada baby.

KEBAIKAN BUAH DELIMA KEPADA BABY. Memang tak dinafikan buah delima merupakan salah satu buah yang memberi banyak kebaikan dan khasiat kepada kesejahteraan tubuh kita. Si kecil kita tu pun tak terkecuali tau. Tapi, bagi cikla kalau nak bagi anak kita pun, haruslah berpada-pada ye. Bukan apa, keadaan sistem imun badan orang dewasa dengan baby/kanak-kanak berbeza. So, nanti effect nya mesti berlainan. Oh ye, rasanya cikla ada cerita pasal kebaikan buah delima ni, Tak kiralah dalam bidang kecantikan mahupun kesihatan sebelum ni. Klik SINI dan SINI untuk baca entri tersebut.


Kebaikan buah delima kepada baby.

Buah delima merupakan buah yang kaya dengan mineral (zat besi, folat, serat, kalium) dan vitamin (vitamin B kompleks, C dan E). Nutrien-nutrien ini boleh membantu mengusir radikal bebas dan molekul oksigen yang tidak stabil dari badan, sekaligus inshaAllah bayi kita akan terhindar dari jangkitan penyakit. 

Ada kajian mengatakan, delima  boleh mengurangkan kesan keradangan dan memusnahkan jangkitan bakteria sebab sifat biokimia dan enzim yang ada dalam jus delima mempunyai ciri-ciri antiradang. Sesetengah baby selalu mengalami masalah pencernaan sebab sistem pencernaan  mereka masih belum dalam tahap terbaik lagi. So, jus buah delima dikatakan berkesan dalam merawat muntah, sebab ia boleh menyingkirkan bakteria penyebab muntah dan cirit-birit pada baby. 

Di samping itu, ia juga boleh dijadikan pelega sembelit semulajadi. Ada baby/kanak-kanak ada yang mengalami masalah cacing. Cacing yang tinggal dalam usus sama ada usus kecil atau usus besar akan membiak dengan memakan nutrien. So, jus delima dikatakan boleh membunuh cacing ini.

Jus delima juga dikatakan berkesan merawat demam baby, sebab ia bukan sahaja boleh 'mengawal' demam, tapi boleh memberikan badan nutrien untuk menyembuhkan baby kita. Jus delima dikatakan boleh meningkatkan fungsi hati, sebab antioksidan yang terkandung dalam buah delima akan mempertahankan tubuh daripada tekanan oksidatif, sekaligus dapat melindungi hati.

    Apa yang perlu dilakukan sebelum bagi baby kita makan buah delima?

    1. Jangan beri baby makan bijinya secara terus sebab dikhuatiri akan tercekik.
    2. Elakkan blend kulit putih buah delima masa buat jus, sebab nanti jus kita akan rasa masam masam kelat.
    3. Jangan beri baby makan buah delima sebelum waktu tidur, sebab ini boleh menyebabkan berlakunya masalah 'kerosakan' gigi.
    4. 4 oz jus delima sehari sudah lebih daripada cukup untuk baby 8 bulan. Kalau baby diberi berlebihan akan menyebabkan cirit-birit. 
    5. Jangan campurkan buah delima dengan buah-buahan atau sayur-sayuran lain. 

    Sumber SINI.

    Post a Comment

    3 Comments

    1. Boleh recommend pada kakak Mai nanti untuk bagi kat baby dia ni...

      ReplyDelete
    2. kenapa ye jangan campur buah delima dgn buah dan sayuran lain? sebab manis tu ke.

      ReplyDelete
    3. wahhh.. tpi Unni pun suka makan ni..

      ReplyDelete