2 December 2016

Sakit itu ada hikmahnya.

Orang cakap tu, sakit itu kafarah dosa-dosa kecil yang kita lakukan. *betulkan kalau cikla salah ye. Ada orang bila diuji dengan ujian sakit, mulalah hilang pertimbangan, dan yang paling teruk sekali dia mula menyalahkan Allah SWT.

Nauzubillah.

Tapi, ada orang bila diuji dengan sakit menerima ujian ni dengan hati terbuka, ikhlas dan redha. Mereka menjadikan sakit ni sebagai benteng kekuatan iman dan meningkatkan lagi ketaqwaan kepada Allah.

Kalau korang nak tau, sakit itu ada tersembunyi hikmah yang mungkin selama ni kita tak sedar. Bila kita sakit, kita hanya memikirkan.. "sudah nasib aku dapat sakit macam ni", tapi sebenarnya ada yang lebih penting lagi yang kita tak tahu.

Kata kata semangat untuk orang sakit.
Sakit itu ada hikmahnya..... Sumber Google.

  • Sakit itu zikrullah, sebab mereka yang diuji dengan sakit, akan selalu menyebut nama Allah berbanding diwaktu sihatnya. Betul tak?
  • Sakit itu istighfar, sebab kita akan senang teringat akan dosa kita masa kita sakit sehingga lisan mudah untuk memohon ampun.
  • Sakit itu muhasabah, sebab orang yang sakit akan lebih banyak muhasabah diri dan mengira ngira apakah bekalan untuk dia kembali.
  • Sakit itu jihad, sebab orang yang sakit tak boleh menyerah kalah. Dia diwajibkan untuk berusaha mencari jalan untuk mengubati penyakitnya sehingga sembuh.
  • Sakit itu ilmu, sebab sakit akan menjadikan kita selalu mencari ilmu untuk tak mudah sakit.
  • Sakit itu nasihat, sebab orang yang sakit akan suka menasihati orang yang sihat supaya jaga diri. Manakala, orang yang sihat pulak akan menasihati orang yang sakit supaya bersabar.
  • Sakit itu silaturrahim, sebab keluarga atau sanak saudara yang jarang datang menziarahi akan datang berziarah, datang dengan penuh senyum dan rindu mesra, siap dapat buah tangan lagi. 
  • Sakit itu menggugurkan dosa, seba anggota badan yang sakit akan mendapat penyucian.
  • Sakit itu mustajab doa. Imam As-Suyuthi mengelilingi kota untuk mencari orang yang sakit agar mendoakannya dan kita juga selalu begitu. 
  • Sakit itu menyusahkan syaitan, sebab bila kita sakit dan syaitan menggoda untuk melakukan maksiat, tapi kita tak nak dan tak mampu, malah disesalinya.
  • Sakit itu sedikit tertawa dan banyak menangis. Ini adalah satu sikap keinsafan yang disukai Rasulullah SAW dan makhluk di langit.
  • Sakit itu meningkatkan kualiti ibadah, kerana rukuk dan sujud kita lebih khusyuk, tasbih dan istighfar lebih sangat, malah tahyat juga jadi lebih lama.
  • Sakit itu memperbaiki akhlak, kerana kesombongan akan terkikis, sifat tamak dipaksa tunduk, peribadi akan jadi baik, lembut dan tawadhu'.
  • Sakit itu mengingatkan kita akan mati, kerana ia membuatkan kita sentiasa beringat untuk menghadapinya.

Semoga bermanfaat.

7 comments:

  1. Alhamdulillah, terima kasih atas peringatan ni Cikla...

    ReplyDelete
  2. Cikla, nak tak cursor nama? Kalau nak nanti saya buatkan, comment kat blog saya nak warna apa, hihihi.

    ReplyDelete
  3. Betul. Sakit salah satu cara Allah naknangkat darjat kita 😃

    Hikmahnya Allah saja yang tahu

    ⛔⛔ Jemput singgah blog mazni & komen. Komen terbaik akan memenangi RM50 setiap bulan ⛔⛔

    ReplyDelete
  4. Setuju....kakau duhalusi...tersirat 1001 hikmah disebalik kesakitan..

    ReplyDelete
  5. sakit tu penghapus dosa. InshaAllah bila Allah bg kita rasa sakit tu akan hapus sedikit dosa kecil kita . amin :)

    ReplyDelete
  6. Btl tu sakit itu pnghapus dosa

    ReplyDelete
  7. insyaAllah tp nk sihat untuk buat ibadat.

    ReplyDelete