03 December 2016

Rempah kerutub Tok Ma, sedapnya.....

Rempah kerutub Tok Ma, sedapnya..... | Assalamualaikum wbt. Sebenarnya ni semalam punya cerita. Kalau dah selalu beli ayam, sampaikan dah tak tau dah nak masak apa. Asyik-asyik masak kari je jemu jugak kan. Betul tak? Kebetulan masa cikla shopping barang dapur tempoh hari, cikla ada beli rempah kerutub Tok Ma. Tetiba je tergerak nak beli, dan nak cuba.

Serius, memang cikla tak pernah makan dan buat resepi kerutub ni, so memang bulat-bulat ikut resepi kat belakang bungkusan ni. Bila dibelek-belek resepi, tengok semua bahan memang dah ada, cuma serai dengan gula merah je takde.

So, cikla tak letak kedua-dua bahan tu, dan ada yang cikla ubah sikit-sikit. *maaf ye derhaka resepi lagi. 

Korang nak tau tak macam mana nak buat resepi ni? Memang tersangatlah mudahnya. Jom kita tengok bahan-bahan dulu....

Rempah kerutub Tok Ma, sedapnya.....

Rempah kerutub Tok Ma, sedapnya.....
Rempah kerutub Tok Ma, sedapnya.....

Bahan-bahan resepi kerutub ayam Tok Ma.

(untuk makluman korang, satu peket rempah kerutub ni untuk 1 kg ayam/daging).

Bahan utama;
1 kg ayam/daging (dipotong besar besar dan dibersihkan).
1 peket rempah kerutub Tok Ma.
2 sudu besar cili giling.
2 sudu besar kerisik.
1 cawan santan pekat.
2 batang serai diketuk.
1/4 cawan air asam jawa.
1 biji bawang besar (dipotong bulat).
2 biji cili besar (dipotong panjang).
Gula merah, garam, perasa.

Bahan kisar;
1 biji bawang besar.
2 ulas bawang putih.
1 cm halia.

Cara-caranya;
Letakkan ayam/daging yang telah dibersihkan dalam kuali. *kalau korang nak guna daging, cikla cadangkan korang rebus dulu daging sampai empuk. Tapi, air rebusan daging jangan dibuang. boleh guna nanti. Kemudian, gaulkan ayam/daging dengan rempah kerutub Tok Ma, bahan kisar, cili giling, kerisik, dan serai yang diketuk. Gaul elok-elok sampai rata dan kena semua ayam/daging tadi.

Selepas tu, masukkan santan dan buka api tapi sederhana besar je. Kalau korang tengok santan pekat sangat, tambah je sikit air. Tapi, kalau korang guna daging, just tambah air rebusan daging tu. Boleh je. So, rasa manis daging masih boleh dikekalkan. Lagipun, membazir kalau dibuang pun kan... Betul tak? Biarkan sampai ayam/daging empuk.

Cadangan cikla, kerap kacau kuah sebab takut berkerak dan hangit pulak nanti. Bila dah empuk, masukkan air asam jawa, gula merah (kalau ada), garam dan perasa. Sesuaikan rasa. Biarkan sampai pecah minyak. Terpulanglah pada korang nak berkuah atau kering je. Bila dah pecah minyak, masukkan bawang besar yang dipotong bulat dan cili besar yang dipotong panjang. Gaul rata, biarkan sekejap dan bolehlah dihidangkan.

resepi kerutub ayam Tok Ma.
Rempah kerutub Tok Ma, sedapnya.....

Macam mana? Senang kan? Rasanya kalau nak buat lauk ketupat dengan memang pun boleh ni. Takdelah tiap tiap tahun menu raya sama je kan. Asyik rendang, kari, rendang, kari... kan.

Lagipun, resepi sihat ni, sebab takde minyak. Minyak yang keluar tu adalah daripada ayam tadi...

Bagi cikla, sekarang ni dah takde alasan tak pandai masak ke apa, semuanya dah instant dah. Buku resepi pun banyak kat pasaran. Kalau nak senang lagi, google aje.. Senang! Malas dengan rajin je. Betul tak? Kalau dah malas, tak dapeklah den nak nolongnya ehhh....

Selamat mencuba. Just sharing....

12 comments:

  1. Replies
    1. Cikla pun baru pertama kali try ni. Sedap jugak...

      Delete
  2. Rajin cikla cuba jenama baru ya. Mazni kalau dah jumpa yang sedap dah susah nak tukar 😍

    Takut kecewa 😅

    ⛔⛔ Jemput singgah blog mazni & komen. Komen terbaik akan memenangi RM50 setiap bulan ⛔⛔

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... bila mood rajin on.. inilah hasilnya kan...

      Delete
  3. Replies
    1. Nyummmy.... cubalah kak. Senang je nak buat..

      Delete
  4. ooii sedap !. lame tk buat kerutuk ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe... sedap.. tunggu lepas pantang ye..

      Delete
  5. terima kasih kerana menggunakan rempah tok ma :)

    ReplyDelete
  6. izinkan sy share boleh puan?

    ReplyDelete






[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.